ISLAMIYYAT 38(2) 2016: 155 - 163 (http://dx.doi.org/10.17576/islamiyyat-2016-3802-08) Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin The Level of Student Knowledge and Perception of Hadith Studies at Universiti Sultan Zainal Abidin Nur Syahadah MohaMed Mohd akil MuhaMed ali ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meneliti persepsi dan pengetahuan pelajar terhadap pengajian hadith, persepsi mereka terhadap metode pengajian dan mengamati masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pengajian hadith. Kepentingan kajian ini adalah untuk mendedahkan bentuk pelaksanaan pengajian hadith dan metode yang digunakan dalam pembelajaran. Kajian ini dijalankan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA,) Kuala Terengganu dengan penglibatan seramai 123 orang pelajar peringkat diploma di Fakulti Kontemporari Islam (FKI) meliputi jabatan yang berlainan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang berbentuk soal selidik. Data dianalisis secara secara deskriptif untuk mengenal pasti sistem pengajian hadith dalam kalangan pelajar UniSZA. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan item soal selidik adalah tinggi, iaitu 0.802. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman dan pengetahuan pelajar terhadap pengajian hadith ialah sebanyak 4.23 dan min tahap persepsi pelajar terhadap metodologi pensyarah dalam pengajian hadith ialah sebanyak 4.09. Hasil kajian ini turut menunjukkan pensyarah menggunakan kepelbagaian metode pengajaran seperti kuliah, tutorial, perbincangan di dalam kelas dan penggunaan alat bantu mengajar. Bagi memastikan para pelajar dapat menguasai ilmu hadith dengan sebaik mungkin, kajian ini turut mengemukakan beberapa cadangan yang boleh dimanfaatkan oleh pihak-pihak tertentu. Kata kunci: Pengetahuan pelajar; persepsi pelajar; pengajian hadith; pengajian Islam di Terengganu ABSTRACT The purpose of this article is to examine student perception and knowledge of hadith studies, their perception of study methods and observe problems faced by students in hadith studies. The importance of this research is to reveal the form of implementing hadith studies and the methods used in learning. This research is done at the Faculty of Contemporary Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA,) Kuala Terengganu, involving 123 diploma students from different departments. Research uses a quantitative method in the form of questionnaire. Data is descriptively analysed to identify the system of hadith studies among UniSZA students. The Alpha Cronbach reliability value for the whole of questionnaire items is high at 0.802. Research results fnd that the level of student comprehension and knowledge of hadith studies is 4.23 and the mean of student perception of lecturer’s methodology in hadith studies is 4.09. Research results also show that lecturers use a variety of teaching methods such as lecture, tutorial, class discussion and teaching aids. In order to ensure that students are able to master hadith knowledge as best as possible, this reserach also submits some suggestions which may be utilised for the beneft of certain parties. Keywords: Student knowledge; student perception; hadith studies; Islamic studies in Terengganu PENGENALAN Hadith ialah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW, sama ada perkataan, perbuatan atau iqrar (persetujuan) Baginda (al-Tahhan 2012: 13) dan hadith ialah sumber kedua setelah al-Qur’an al-Karim. Allah SWT telah memerintahkan orang Mukmin supaya berpegang kepada dengan hadith Rasulullah SAW melalui ayat-ayat al-Qur’an yang amat banyak. Mereka yang tidak mahu berpegang dengan hadith Rasulullah SAW adalah bukan daripada kalangan orang Mukmin. Hadith berperanan sebagai menjelaskan al-Qur’an dan menunjukkan cara- cara pelaksanaan isi kandungannya, seperti cara mendirikan solat, melaksanakan ibadah puasa dan mengerjakan haji serta membawa hukum-hukum lain yang tidak disebutkan oleh al-Qur’an seperti haram menikahi seseorang wanita bersama-sama dengan anak saudaranya dalam masa yang sama (Philips 2007). Selain merupakan sumber kedua penting bagi syariat Islam selepas al-Qur’an, Sunnah Rasulullah Islamiyyat 38(2) Bab 8.indd 155 5/15/2017 3:58:50 PM brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UKM Journal Article Repository