45 45 45 Amalan dan Keperluan Pembentangan dan Pendedahan Penyata Kewangan bagi Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia IPN Journal of Research and Practice in Public Sector Accounting and Management Vol. 10, No. 1, 2020, pp. 45 - 61 $PDODQ GDQ .HSHUOXDQ 3HPEHQWDQJDQ GDQ 3HQGHGDKDQ 3HQ\DWD .HZDQJDQ EDJL 0DMOLV $JDPD ,VODP 1HJHUL GL 0DOD\VLD 1RUIDLH]DK 6DZDQGL 1  &KHN 'HUDVKLG .X 1RU ,]DK .X ,VPDLO )DWKL\\DK $EX %DNDU 0XKDPPDG 6\DKLU $EGXO :DKDE +DVQDK 6KDDUL Universiti Utara Malaysia https://doi.org/10.58458/ipnj.v10.01.03.0063 Received: 30 August 2020 Reviewed: 19 October 2020 Accepted: 27 October 2020 $EVWUDN Kajian ini bertujuan untuk meninjau amalan dan keperluan pelaporan kewangan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di lima negeri di Malaysia. Kajian ini telah dilaksanakan dengan mengguna pakai pendekatan kajian kes. Dua kaedah pengumpulan data telah digunakan iaitu semakan dokumen dan temu bual separa berstruktur. Bagi kaedah pertama, penelitian ke atas Laporan Tahunan MAIN bagi tahun kewangan 2016 dan 2017 telah dibuat dengan membandingkan amalan semasa pelaporan dan pendedahan Penyata Kewangan MAIN dengan peruntukan dalam sembilan MPSAS yang berkaitan dengan pembentangan dan pendedahan. Kajian turut membuat semakan dan penelitian ke atas Enakmen dan Ordinan Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri yang di kaji. Ini diikuti dengan temu bual dengan empat belas orang responden yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan penyediaan penyata kewangan MAIN. Selain daripada itu, sesi perundingan dengan pakar-pakar Syariah, Muamalat atau Ekonomi Islam, Undang-Undang dan Perakaunan/ Perakaunan Islam turut diadakan. Dari segi amalan semasa, tidak semua urus niaga atau item yang disentuh oleh sembilan MPSAS yang dikaji wujud di kesemua MAIN. Sementara itu, kajian mendapati kesemua MAIN menyediakan penyata kewangan berasingan dan disatukan serta membuat pendedahan kepentingan dalam entiti lain. Namun begitu, dapatan menunjukkan tiada MAIN yang membuat pendedahan maklumat kewangan tentang sektor am kerajaan dan pengaturan bersama. Seterusnya, kajian mengenal pasti keperluan piawaian perakaunan baharu yang boleh dijadikan garis panduan kepada MAIN dalam membangunkan Piawaian Perakaunan  3HQXOLV DGDODK 3HQV\DUDK .DQDQ GL 3XVDW 3HQJDMLDQ 3HUDNDXQDQ 7XQNX 3XWHUL ,QWDQ 6DソQD] 7,66$880 Universiti Utara Malaysia. Artikel ini adalah sebahagian daripada dapatan projek penyelidikan yang dibiayai oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.