MANU Bil. 33 (2), 129-146, 2022 (Disember)
E-ISSN 2590-4086© Astri binti M Fadzli, Dayang Suria Hj Mulia & Syahruddin Hj Awang Ahmad
Abstrak Sabah dikelilingi oleh tiga laut utama iaitu Laut Sulawesi, Laut
Sulu dan Laut China Selatan (LCS). LCS berada di perairan pantai barat
Sabah yang dikenali sebagai antara 12 tapak mega biodiversiti di dunia.
Geostrategik dan kekayaan khazanah laut ini merupakan tarikan yang
menjadikan perairan pantai barat Sabah rentan kepada pencerobohan nelayan
asing. Rentetan itu juga, Jabatan Perikanan Sabah telah menyatakan bahawa
kini terdapat 36 spesies marin yang terancam termasuklah ikan yu dan
spesies ikan pari. Salah satu puncanya adalah disebabkan oleh pencerobohan
nelayan asing. Selain mewujudkan persaingan sumber dengan nelayan
tempatan di pantai barat Sabah, nelayan asing mengeksploitasi sumber marin
menggunakan kaedah pukat tunda yang bersifat destruktif dan tidak selektif
dalam kaedah penangkapan ikan. Hal ini menjejaskan ekosistem marin
untuk jangka masa panjang. Sehubungan dengan itu, antara objektif artikel
ini adalah bagi menerangkan mengenai faktor-faktor pencerobohan vesel
nelayan asing di pantai barat Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan
kualitatif dengan menemu bual secara mendalam informan daripada 12
penguat kuasa maritim dan 30 nelayan tempatan yang aktif menjalankan
aktiviti perikanan dan mengendalikan satu temu bual kumpulan berfokus
terhadap nelayan pesisir pantai Pasir Putih. Selain itu, data sekunder turut
digunakan bertujuan mengukuhkan data empirikal dalam artikel ini. Dapatan
awal kajian ini menunjukkan faktor pencerobohan nelayan asing adalah
disebabkan negara seperti Vietnam sudah mengalami eksploitasi perikanan
FAKTOR-FAKTOR PENCEROBOHAN VESEL NELAYAN ASING
DI PERAIRAN PANTAI BARAT SABAH
Factors of Enroachment by Foreign Fishing Vessels
into Sabah’s West Coast Waters
1*
ASTRI BINTI M FADZLI
2
DAYANG SURIA HJ MULIA
3
SYAHRUDDIN HJ AWANG AHMAD
1,2&3
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Corresponding author:
1*
mfadzliastri@gmail.com
2
dsh99@ums.edu.my
3
syahag@ums.edu.my
Dihantar: 7 November 2022, Penambahbaikan: 13 December 2022, Diterima: 22 December 2022,
Terbit: 31 Disember 2022
DOI: https://doi.org/10.51200/manu.v33i2.3824