Ahmad Shamsul bin Abd. Aziz * Zainal Arnin bin Ayub* Abstrak Industripelancongan memainkanperanan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. Dalam usaha mempertingkatkan dan memajukan industri ini, penglibatan IKS tetap memainkan peranannya sendiri. Pengetahuan asas dari sudutperundangan amat perlu kepada usahawan-usahawan IKS pelancongan bermula dari proses memulakan pemiagaan sehinggalah kepada ianya dijalankun. Oleh yang demikian, artikel ini akan membincangkun proses penubuhan sese buah pemiagaan, pemilihan bentuk-bentuk pemiagaan yang sesuai dan undang-undang yang berkaitan dalam menjalankan urusan pemiagaan seharian. Pendahuluan Perkembangan teknologi maklumat dalam era globalisasi menuntut agar usahawan- usahawan IKS pelancongan sentiasa bersiap siaga, dan ini termasuk isu-isu berkaitan undang-undang. Ini bertujuan untuk menyiapkan usahawan-usahawan agar sentiasa berdaya saing dan terkehadapan. Oleh yang demikian, pengetahuan berkenaan dengan pemilihan bentuk-bentuk pemiagaan, elemenelemen asas kontrak dan isu-isu berkaitan terkini adalah amat penting. . Bentuk-bentuk Perniagaan Terdapat tiga bentuk utama perniagaan (Mohamad & Shapiai, 1996) yang boleh dipilih untuk diceburi oleh para usahawan iaitu:- rr Pemiagaan tunggal Perkongsian a Syarikat Perniagaan tunggal ialah suatu perniagaan yang pada dasamya, melibatkan seorang individu sahaja bertindak sebagai penyumbang modal, majikan dan pekerja kepada perniagaan. Dengan kata lain, perniagaan bentuk ini hanya melibatkan seorang individu sahaja di mana sebarang bentuk tanggungan adalah ditanggung secara sendirian. *Pensyarah Sekolah Pengurusan, Universiti Utara Malaysia