Norhayati binti Yusoff lwn. Ahmad Shah bin Ahmad Tabrani 255 Journal of Shariah Law Research (2017) vol. 2 (2) 255-262 ULASAN KES: Norhayati binti Yusoff lwn. Ahmad Shah bin Ahmad Tabrani 1 Mohd Norhusairi Mat Hussin Senior Lecturer, Department of Shariah and Law, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur husairi@um.edu.my PENDAHULUAN Kes yang akan diulas ini merupakan kes rayuan mal berkenaan dengan tuntutan harta sepencarian yang dipohon pihak Perayu yang tidak berpuas hati dengan keputusan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu. Kes ini melibat tuntutan harta sepencarian yang dikemukakan terhadap harta alih dan harta tidak alih yang diperolehi disepanjang tempoh perkahwinan yang berlangsung antara pihak-pihak. Kes ini menarik untuk diulas memandangkan terdapat harta yang dituntut dalam tuntutan ini melibatkan wang di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta harta-harta “moden” seperti saham, World Club Card dan sebagainya. Dalam kes ini, Mahkamah seolah-olah dilihat membenarkan tuntutan wang KWSP sebagai harta sepencarian sedangkan sudah terdapat fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2005 yang menyatakan bahawa wang KWSP tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian. Sebaliknya, wang KWSP merupakan harta pusaka yang akan diwarisi oleh para waris apabila pencarumnya meninggal dunia. Malah, daripada fatwa yang dikemukakan ini seolah-olah menunjukkan bahawa apabila berlaku perceraian antara pihak- pihak, wang KWSP yang dicarum oleh pihak suami atau isteri tidak boleh 1 Norhayati binti Yusoff lwn. Ahmad Shah bin Ahmad Tabrani [2008] 27 JH (1) 33- 50. * Data-data dalam artikel ini diambil daripada Projek FP030-2016 Universiti Malaya.