82 PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DAN KELESTARIAN SUMBER MANUSIA DI FELDA (Educational Development and Sustainability of Human Resources in FELDA) Noraziah Ali, Noorzah Zakaria & Mohd Azlan Abdullah ABSTRAK Faktor pendidikan adalah elemen paling penting dalam pembangunan sumber manusia. Program pembangunan pendidikan di FELDA bertujuan untuk melahirkan sumber manusia berpotensi di kalangan generasi kedua yang berilmu, bertanggungjawab dan mampu bersaing. Kajian ini dijalankan untuk meneliti pembangunan pendidikan dan implikasinya, di FELDA secara amnya dan di Felda Bersia, Grik, Perak secara khusus. Pengumpulan data di lapangan telah dilakukan antara bulan Jun hingga Ogos 2007. Pelbagai program dilaksanakan untuk menambahbaik pencapaian pendidikan anak-anak peneroka. Keberkesanan program dapat diukur berdasarkan keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Secara umumnya, prestasi akademik pelajar di FELDA telah berjaya diperbaiki, termasuk segelintir yang cemerlang. Walau bagaimanapun, FELDA tidak menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dan peluang pekerjaan yang banyak, menyebabkan sebahagian besar generasi kedua berhijrah keluar ke bandar sama ada untuk melanjutkan pelajaran atau bekerja. Implikasinya, usaha pembangunan pendidikan di FELDA telah melahirkan ramai individu yang berjaya, tetapi di luar FELDA. Sehubungan itu, pembangunan FELDA sendiri bergantung kepada peneroka yang sudah lanjut usia dan sumber manusia generasi kedua yang kurang cemerlang. Kata kunci: FELDA, sumber manusia, generasi kedua & pendidikan. ABSTRACT Educational factors is the most important element in the development of human resources. Educational development in FELDA aims to produce human resources with potential among the second generation who are knowledgeable, responsible and competitive. These study was conducted to examine the development of education and its implications in FELDA and in the Felda Bersia, Grik, Perak in particular. Field data collection was conducted between June and August 2007. There were various programmes implemented to improve settlers children's education performance. Programmes effectiveness can be measured based on the results of UPSR, PMR and SPM. In general, the academic performance among students in FELDA has improved, including a handful of successes. However, FELDA did not provide further educational and employment opportunities in the land schemes, causing most of the second generation migrating to the cities, either to further their study or to work. The implication of the development of education in FELDA has produced many successful individuals, but not in the schemes. Consequently, the development of FELDA itself depends on old settlers and human resources of the second generation who are less excellent. Keywords: FELDA, human resources, second generation & education. JILID 5, BILANGAN 1, 82-93, 2010. ISBN: 1823-884x