The 4 th National Human Resource Management Conference 2008 463 Komitmen Organisasi Terhadap Pengurusan Stesenkerja yang Ergonomik: Satu Tinjauan di Organisasi Multinasional di Malaysia Zafir Mohd Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia zafir@pkris.cc.ukm.my Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor fazilahmh@kuis.edu.my Abstrak Walaupun setelah lebih separuh abad ergonomik diperkenalkan, aplikasi ergonomik masih di peringkat awal di kebanyakan negara yang sedang membangun. Di kebanyakan negara tahap aplikasi ergonomik dan kesedarannya masih rendah walaupun impak ergonomik amat besar terhadap peningkatan amalan kerja serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kajian ini dijalankan untuk meninjau komitmen organisasi multinasional di Malaysia terhadap amalan stesenkerja ergonomik. Sebanyak sebelas buah organisasi multinasional terlibat dalam penyelidikan ini. Soal selidik dilengkapkan oleh pegawai/pengurus keselamatan dan kesihatan pekerjaan organisasi berkenaan. Secara keseluruhannya komitmen organisasi multinasional di Malaysia terhadap aplikasi ergonomik amatlah tinggi. Kesedaran mereka terhadap aplikasi ergonomik telah membawa kepada penanggapan yang baik terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kesemua faktor stesenkerja ergonomik ditanggap sebagai memuaskan dengan min 1.92 hingga 3.07. Faktor yang terbaik adalah faktor pengudaraan. Ini diikuti dengan faktor peralatan, pencahayaan, akustik, rekabentuk ruang kerja, kedudukan tubuh badan, kerusi dan tempoh masa bekerja. Walaupun aplikasi ergonomik di Malaysia masih di peringkat awal, pelaksanaannya perlu dimulakan dari sekarang dalam memastikan organisasi dapat mempertahankan kelebihan daya saing dan terus menguasai bahagian pasaran yang semakin mengecil. PENDAHULUAN Ergonomik merupakan satu istilah yang agak baru di kalangan masyarakat di Malaysia, dan negara-negara yang sedang membangun walaupun istilah ini telah wujud semenjak tahun 1940 (Shahnavaz, 1996; Lee, 2005). Berbanding dengan disiplin saintifik lain, ergonomik secara relatifnya masih baru di kalangan masyarakat dan kebanyakan daripada mereka tidak menyedari sumbangan ergonomik terhadap kesejahteraan negara dan pembangunan ekonomi (Shahnavaz, 1996). Di Malaysia, kesedaran terhadap ergonomik masih di peringkat awal oleh kerana pengetahuan yang terhad terhadap ergonomik (Sen, 1984; 1998). Di kebanyakan negara tahap aplikasi ergonomik dan kesedarannya masih di peringkat rendah walaupun impak ergonomik amat besar terhadap peningkatan amalan kerja serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Ahasan & Imbeau, 2003; Shikdar dan Sawaqed, 2003). Pelaksanaan ergonomik yang agak perlahan ini mungkin disebabkan ianya sukar untuk diuruskan dan dilaksanakan dalam organisasi (Dwyre & Costello, 2001). Pelaksanaannya memerlukan komitmen yang tinggi dari segi modal, usaha dan pemantauan. Dalam menghadapi cabaran persaingan masa kini, aspek ergonomik sepatutnya dilihat sebagai antara strategi untuk mempertahankan kelebihan daya saing organisasi. Atas kesedaran inilah, minat terhadap isu ergonomik semakin meningkat semenjak tahun 1990. Ia berikutan kesan peningkatan kesedaran terhadap kepentingan ergonomik dalam meningkatkan nilai asas korporat seperti produktiviti, kualiti dan proses perubahan (Wilson, 2000). Penyelidikan berkaitan dengan rekabentuk peralatan, stesenkerja, dan rekabentuk organisasi juga semakin meningkat (Resnick & Zanotti, 1997). Kesemua ini bertujuan untuk mengatasi masalah ketidakselesaan pekerja, kesakitan dan ketidakhadiran yang boleh menjejaskan produktiviti dan kualiti produk (Resnick & Zanotti, 1997). Penyelidik kini perlu memberi tumpuan kepada penyelidikan stesenkerja ergonomik kerana kepentingannya dalam menyelesaikan masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Menurut Yeow dan Nath Sen (2006) serta Pater (2006), program ergonomik yang berkesan dapat menambahbaik tahap brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UUM Repository