Simbolisme: satu penelitian daerah mnknanya oleh Mohamad Azmi Ab. Rahman Abstrak ESEI ini dihasilkan berdasarkan kajian awal pengkaji tentang daerah makna simbol dun simbolisme dalam budaya manusia. Meskipun banyak pendapat tentang makna simbol dun simbolisme dikumpulkan, kita masih tidak dapat merumuskan maknanya dengan tepat dun konkrit. Namun begitu, penelitian tentang simbol dun simbolisme dalam kesusasteraan/ budaya akari berpandu kepada penulisan oleh beberapa pengkaji Barat dun pengkaji tempatan. Di Barat, kajian dun penulisan tentang simbol dun simbolisms pernah diusahnkan oleh para sarjana, misalnya dalam disiplin kesusasteraan (Tindall, 1955), antropologi (Sahlins, 1977), senibina (Snodgrass, 1985, Lethaby, 1975), falsafah dun budaya (Cassirer, 1987). Manakala kajian tentang simbolisme dalam bahasa Melayu pemah diusahakan oleh Asmah (1986) dalam bidang bahasa, Shahnon Ahmad (1975) dun Harun Mat Piah (1981) dalam bidang Sastera Melayu. Simbolisme berasal daripada kata Yunani iaitu "Sumbolon" yang akar katanya ialah "Sumballein" (Scott, 1974:283), "Sumbolon" bererti tanda. Manakala "Sumballein" pula bererti "bersesuaian" (Barnet, et.al. 1971:108). Manakala kata simbol yang dipakai dalam bahasa Melayu addah dipinjam daripada kata Inggeris "Symbol", yang berasal daripada kata Yunani seperti yang dinyatakan. Kita merasa sukar untuk memahami istilah simbol itu secara tepat dan konkrit. Kita nlendapati bahawa berbagai-bagai definisi simbol telah diberikan. Haggar dalam Dictionan, of Art Terms (1965: 283) menulis simbol ialah; " ... a recognizable equivalent or type of some person, object or abstract idea by means of Futures associated in the popular mind with that person, object, or Rbstract idea. Thus in medieval art the saints are identified by the signs of their martyrdom: for example, the wheel of Catherine. It is also the expression of abstract ideas i n terms of pattern, colour, line; the conveyance of abstract or spiritual ideas by mems of natural objects. Symbols may be of many kinds; hieroglyphics, initials, emblems, allergories, fables and (as in some moden art) enigmas. Some symbols closely approximate to an idea or person and are easily recognized; others can be understood only by following some out-of-the-way association of ideas". Scott (1965: 283) pula men& "a symbol is something standing for something; the cross is a syn~bol of Christianity; the rose is a symbol of beauty." Abraham dalam A Glossarv of L i t e r q Terms menulis "a symbol, in the broadest sense of the term is anything which signifies somethmg else" 1975: 166. Makna simbol juga pernah diberikan oleh Tindall (1955: 31) seperti berikut: "The symbol is the only possible embodiment of what it presents, whereas an allegorical image, on of several posssibilities, is a srrbstitute for what it presents". Selain itu, kita mengutip m&~a simbol yang diberikan oleh Onions (1966; 895), Skeat (1978: 624) dan Shaw (1972: 367-368), tetapi didapati makna itu hampir sama seperti yang pernah dikemukalcan oleh Scott (1965: 283) dan Abraham (1957: 168) ataupun Tindall (1955: 31). Namun begtu kita mendapati bahawa pandangan dan pendapat Chadwick (197l) memperlihath sedikit perbezaan makna dan huraian tentang simbolisme. Chadwick (1971: 3) pernah menyatakan bahawa simbolisme itu lebih berbentuk "private" atau "transcendental" yang merupakan citra konkrit yang digunakan sebagai simbol dalam karya sastera. Simbol itu tidak digunakan sebagai membayangkan fikiran atau perasaan para penulis tetapi untuk menggambarkan keadaan alam yang unggul di sebalik alam nyata. Para penulis ini menganggap bahawa alam nyata merupakan gambaran yang kurang sempurna. Pmxis Volume I, 1996 24