Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication Jilid 36(1) 2020: 356-368 E-ISSN: 2289-1528 https://doi.org/10.17576/JKMJC-2020-3601-20 Peranan Infografik dalam Meningkatkan Kesedaran Kesihatan Belia daripada Perspektif Pereka Grafik SHARUL AZIM SHARUDIN NORMAH MUSTAFFA SHAHRUL NAZMI SANNUSI Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Visual adalah medium komunikasi yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada khalayak. Pemilihan jenis visual yang hendak digunakan dalam penyampaian sesuatu mesej perlu dilakukan dengan teliti supaya mesej dapat disampaikan secara berkesan. Menerusi medium Instagram, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan pelbagai visual untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Terdapat tiga jenis visual yang sering dipaparkan iaitu gambar foto, infografik dan ilustrasi. Bagaimana ketiga-tiga visual ini memberi kesan dan visual manakah yang paling berpengaruh dalam meningkatkan kesedaran kesihatan? Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis visual yang paling berkesan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan. Bagi menjawab persoalan ini, kajian ini menggunakan kaedah perbincangan kumpulan fokus (FGD) bersama lima informan dari Unit Komunikasi Korporat, KKM. Informan yang dipilih ini merupakan individu yang terlibat secara langsung dalam penghasilan visual dan bertanggungjawab menjaga laman sosial KKM. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan informan bersetuju bahawa jenis visual infografik paling kerap digunakan dalam akaun rasmi Instagram mereka kerana infografik bukan sahaja dapat menarik perhatian khalayak, malah ia dapat mengukuhkan lagi mesej yang hendak disampaikan. Kata Kunci: Peranan visual, infografik, Instagram, kesedaran kesihatan, belia. The Role of Infographic in Increasing Youths’ Health Awareness from a Graphic Designer Perspective ABSTRACT Visuals are an effective communication medium for communicating a message to an audience. The choice of visual type to use in the delivery of a message needs to be carefully planned so that the message can be delivered effectively. Through the medium of Instagram, the Ministry of Health Malaysia (MOH) uses a variety of visuals to enhance health awareness and healthy lifestyle practices among the community. There are three types of visuals that are frequently displayed, namely photos, infographics, and illustrations. How do these three visuals impact and which visuals are most influential in raising health awareness? In this regard, the study aims to identify the most effective visual types for improving health awareness. To address this question, the study used a focus group discussion (FGD) method with five informants from the Corporate Communication Unit, MOH. The selected informants are individuals who are directly involved in visual production and are responsible for maintaining the MOH social site. The findings show that all informants agree that infographic is commonly used in MOH’s Instagram because infographic, not only capture the attention of the audience but also reinforce the message they want to convey. Keywords: Visual role, infographics, Instagram, health awareness, youth. brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UKM Journal Article Repository