GJAT | JUNE 2012 | VOL 2 ISSUE 1 | 55 ISSN : 2232-0474 | E-ISSN : 2232-0482 www.gjat.my “This journal is a member of, and subscribes to the principles of, the Committee on Publication Ethics (COPE) Perundingan Asas Penyebaran Dakwah Islam: Analisis Kerangka Ke atas Perjanjian Zaman Rasulullah (s.a.w) Negotiation as a Foundation in Islamic Da’wah: Framework Analysis on the Memorandums held in the Era of Rasullullah (pbuh) Norhayati Rafda A.R. (Pengarang Penghubung) Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Tel: +6019-6675939 E-mel: norhayatirafda@gmail.com Nurul Husna N. H. Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Tel: +6012-9453035 E-mel: g_sleepyhead@yahoo.com Safyyah A.S. Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Tel: +6017-3922389 E-mel: safyyah@usim.edu Abstrak Perundingan adalah teknik perdamaian antara individu mahupun kumpulan manakala Islam pula melihat ia sebagai proses pembuatan keputusan dan sesi hujjah antara individu dalam menyelesaikan konfik. Ia menyemarakkan hubungan, mengeratkan silaturrahim, menyemai kemesraan, memupuk kerjasama dan memudahkan urusan penyelesaian konfik. Tujuan utama kajian adalah untuk mengenalpasti kerangka perundingan di dalam perjanjian dan asas teknik perundingan yang digunakan oleh baginda Rasulullah (s.a.w) Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif menggunakan analisa kerangka dengan mengenalpasti dan menyusun enam jenis kerangka dan tujuh teknik perundingan yang digunakan di dalam lima perjanjian yang dijalankan pada zaman Rasulullah (s.a.w). Berdasarkan dapatan kajian ini, perundingan perjanjian pada zaman Rasulullah (s.a.w) mengutamakan kerangka menindas kekejaman, mencegah kemungkaran dan jenayah sesama penduduk disebabkan beberapa faktor. Disebabkan itu, kajian perbandingan dengan perjanjian pada zaman empat khalifah seperti Abu Bakr, Uthman, Umar dan Ali, diharap dapat melihat lebih mendalam sama ada asas teknik perundingan yang sama telah diteruskan oleh para sahabat. Justeru jelas, kaedah perundingan boleh digunakan dalam menjalankan dakwah yang diyakini berjaya dalam penyebaran Islam di seluruh dunia. Katakunci: Perundingan Islam; Perundingan; Da’wah; Analisa kerangka Abstract Negotiation has been used as a technique in solving either individual or group conficts. Islam views negotiation as a decision making process which includes debates among individuals in solving conficts.In the era of prophet Rasulullah (pbuh), the ways in which the negotiation took place are certain yet the framing of the negotiaton is still unclear. This study attempts to identify the type of negotiation framesand the techniques of negotiation used in fve memorandums that were held by Rasulullah (pbuh) This study employs both qualitative