TAJUK : ISU KECICIRAN PELAJAR DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA. 1.0 LATAR BELAKANG ISU John Dewey mengatakan bahawa Pendidikan adalah satu proses perkembangan individu dan Pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi. Maksud belajar, menurut Cronbach (1954), Learning is shown by change in behaviour as result of experience. Manakala pembelajaran pula, menurut Duffy dan Roehler (1989), pembelajaran adalah suatu usaha yang sengaja melibatkan dan menggunakan pengetahuan professional yang dimiliki guru untuk mencapai tujuan kurikulum. Sejajar dengan falsafah Pendidikan negara iaitu Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan dan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Menurut akta Pendidikan 1996, keciciran membawa maksud Pelajar yang tidak mengikuti Pendidikan wajib (pembelajaran) disekolah atau pelajar yang tidak hadir ke sekolah melebihi tiga hari berturut-turut. Akan tetapi bukan kerana ponteng dan masalah kesihatan. Di samping itu, “keciciran merujuk kepada pelajar yang berhenti sekolah sebelum tamat pengajian sama ada di peringkat rendah atau menengah” (Laporan Murad,1972). Selain itu, keciciran pelajar juga terbahagi kepada dua (2) jenis. Antaranya ialah, keciciran sengaja. Perkara ini berlaku disebabkan oleh faktor sosioekonomi, sikap pelajar itu sendiri. Contohnya, pelajar tersebut boleh menghadiri sekolah dengan sempurna. Akan tetapi pelajar tersebut memilih untuk tidak bersekolah. Seterusnya, keciciran terpaksa. Iaitu perkara tersebut terjadi apabila pelajar terpaksa diberhentikan sekolah akibat kegagalan dalam peperiksaan walaupun pelajar tersebut masih lagi mahu untuk ke sekolah. Pada perkembangan mutakhir ini, sering berlaku mengenai keciciran pelajar dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Isu ini semakin meningkat ekoran daripada pandemik covid- 19, yang menyebabkan ramai pelajar tercicir apabila proses pembelajaran dan pengajaran di rumah iaitu menurut akhbar 11 nov 2020, kadar keciciran di peringkat sekolah rendah meningkat daripada 0.21 peratus pada tahun 2019 dan 0.13 peratus pada tahun 2020. Malah kadar keciciran pelajar di sekolah menengah juga meningkat daripada 1.14 peratus kepada 1.26. Ia datang dengan pelbagai faktor yang menyebabkan keciciran pelajar. Isu tersebut perlulah dibasmikan kerana ianya memberi impak terhadap Pendidikan pelajar dan negara.