PENGURUSAN PENTAS PENTING BILA TERDESAK…? Oleh: Zulrashid Perpseksi Terhadap Unit Pengurusan Pentas Sejauh manakah kebenaran kata-kata diatas? Mungkin kita boleh bertanya orang- orang yang pernah melalui atau menjadi sebahagian dari Unit Pengurusan Pentas itu sendiri. Asas persoalan ini timbul apabila penerimaan dan pelaksanaan unit ini hanya di perlukan apabila masalah belakang tabir sesuatu produksi itu kucar-kacir atau dalam suasana terdesak. Sesetengah orang berpendapat bahawa unit ini adalah sebagai krew produksi sahaja. Pada pandangan mereka, unit ini hanyalah bertanggungjawab menolak set, mengatur props, mengangkat Mic dan Mic Stand, tukang panggil artis, tukang gulung kabel, tukang pasang lampu, tukang angkat barang serta menjadi kuli kepada semua orang didalam produksi tersebut. Pada sesetengah pendapat pula mengatakan bahawa unit ini amat penting khususnya Pengurus Pentas yang dikatakan amat berkuasa sehinggakan boleh memberhentikan persembahan dan lebih gah lagi boleh menghalau pengarah persembahan itu sendiri jika mencampuri urusan pengendalian persembahan. Padahal apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pengurus Pentas yang sering dimarahi oleh Pengarah Persembahan walaupun kesalahan tersebut bukannya datang dari kesilapan Pengurus Pentas itu. Artis atau Performer juga mengambil kesempatan dengan cara tidak menghormati keputusan atau arahan dari unit ini dan mereka lebih mendengar arahan dari pengarah berbanding dari Pengurus Pentas itu sendiri. Lebih malang lagi, pihak atasan sesebuah produksi juga akan memarahi Pengurus Pentas kerana gara-gara latihan yang tidak bermula mengikut jadual tanpa mengambil kira kenapa latihan itu tidak berlaku sebagaimana yang telah dirancangkan. Oleh kerana timbul kekeliruan atau status penerimaan terhadap kepentingan unit ini didalam sesebuah produksi seni pentas yang masih lagi belum memberangsangkan atau cara implentasi terhadap kepentingan meletakkan unit ini sebaris dengan kepentingan seorang performer, artkel ini cuba mengupas kepentingan, tugas dan tanggungjawab serta dengan tujuan untuk mengangkat 1 | 8