Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562) 2023, Volume 8, Issue 4, e002225 DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i4.2225 © 2023 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License (CC BY). Pendidikan Sebagai Faktor Pemilihan Pekerjaan dalam kalangan Remaja Orang Asli (Education as a Factor of Career Choice among Orang Asli Adolescent) Zulkefli Aini 1* , Abdul Ghafar Don 2 , Muhamad Yusuf Marlon Abdullah 3 1 Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, 43600 Selangor, Malaysia. Email: zulaini@ukm.edu.my 2 Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, 43600 Selangor, Malaysia. Email: a.g.don@ukm.edu.my 3 Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia. Email: yusufmarlon@kuis.edu.my CORRESPONDING AUTHOR (*): Zulkefli Aini (zulaini@ukm.edu.my) KATA KUNCI: Remaja Orang Asli Pendidikan Kecenderungan Pekerjaan KEYWORDS: Orang Asli Adolescent Education Tendency Job CITATION: Zulkefli Aini et al. (2023). Pendidikan Sebagai Faktor Pemilihan Pekerjaan dalam kalangan Remaja Orang Asli. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(4), e002225. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i4.2225 ABSTRAK Masyarakat orang asli tidak terkecuali dalam agenda pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan termasuklah dalam sektor pendidikan. Sesungguhnya pendidikan penting dalam meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan komuniti marginal tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat cabaran untuk merealisasikannya, antaranya ialah, ada kalangan anak-anak orang asli gagal untuk memajukan diri dari sudut pendidikan yang menjadikan mereka sukar mendapatkan pekerjaan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor pemilihan pekerjaan dalam kalangan remaja orang asli daripada sudut pendidikan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Data kajian diperoleh melalui instrument soal selidik yang diedarkan kepada 281 responden yang dipilih secara rawak dalam kalangan remaja Orang Asli di negeri Selangor. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga faktor utama yang menyumbang kepada kecenderungan remaja Orang Asli memilih pekerjaan, iaitu bekerja mengikut kelulusan, bekerja kerana mencari wang untuk menyambung pelajaran dan bekerja kerana pengajian sudah tamat. Implikasi kajian ini adalah menjadi gambaran awal bahawa faktor kesedaran pendidikan menjadi pemangkin kepada kebolehpasaran kerja remaja Orang Asli dalam bidang yang diminati. ABSTRACT The government's development agenda incorporates the indigenous community, including in the educational sector. Moreover, education has a crucial role in enhancing the wellbeing and standard of living of the marginalised community. However, there are obstacles in the way of realising it. For example, some indigenous children do not