Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara ke-3,2018 18 PENILAIAN TERHADAP IMPAK SIHIR KEATAS KESEJAHTERAAN SOSIAL DI MALAYSIA: DARI SUDUT PENGAMAL RAWATAN ALTERNATIF Abu Bakar Sedek Abdul Jamak 1 , Noor Awanis Muslim dan Fadhilah Abdul Ghani Abstrak Ilmu hitam merujuk kepada penggunaan kuasa negatif dan kuasa jahat dalam dunia kedukunan Melayu oleh pengamal-pengamal sihir atau bomoh pada zaman sekarang. Ilmu sihir dipercayai telah berada dalam masyarakat pelbagai kaum dan budaya sejak zaman berzaman lagi. Ianya akan tetap berada dalam masyarakat Melayu selagimana khidmat bomoh masih diperlukan bagi kerja-kerja mewujudkan kerosakan dan konflik ke atas individu serta sosial. Impak sihir ke atas mangsa akan menyebabkan fenomena luar biasa seperti menghidapi penyakit berbahaya contohnya tumor dan kanser, berkelakuan aneh, berlakunya penceraian, rumahtangga yang huru hara, hilang pendapatan atau pekerjaan, kejatuhan perniagaan dan pelbagai lagi kerosakan yang akan dihuraikan. Kajian ini akan membentangkan bagaimana pengalaman beberapa orang pengamal rawatan alternatif secara Islam supaya dapat membantu mendidik dan memberi peringatan tentang kerosakan dan bahaya sihir keatas kesejahteraan sosial serta institusi masyarakat Melayu khasnya. Kegagalan kebanyakan Masyarakat Melayu memahami modus operandi pengamal-pengamal sihir menyebabkan mereka merujuk segala kesakitan kepada doktor perubatan sahaja sehingga mengakibatkan penderitaan seumur hidup dan kematian atau kejatuhan jualan yang mendadak sehingga perniagaan terpaksa ditutup. Kegiatan sihir semakin berleluasa di Malaysia kerana pengamal-pengamal sihir atau bomoh tidak dikenakan sebarang tindakan dan ditangkap atau dihadapkan ke muka pengadilan atas kesalahan pembunuhan secara halus dan merosakkan kesejahteraan institusi masyarakat Melayu serta sosial. Bahkan kini dalam dunia kedukunan, sihir merupakan satu seni halus yang diperniagakan dan mendatangkan keuntungan dengan bayaran yang lumayan serta memberi sara hidup kepada pengamal-pengamal sihir. Secara tidak langsung, amalan sihir semakin berleluasa dikalangan masyarakat Melayu dan pastinya ia akan membawa dan menambahkan kerosakan ke atas kesejahteraan sosial dan masyarakat Melayu selagi wujudnya perasaan iri hati, dendam kesumat dan hasad dengki ingin menganiayai sesama sendiri. Kata-kata kunci: sihir, bomoh, kesejahteraan sosial, masyarakat melayu, modus operandi 1 Department of Management and Humanities, Universiti Teknologi PETRONAS, Bandar Sri Iskandar, Perak, Phone: 05 3687764, Fax: 053656280, abubakarsedek@utp.edu.my Department of Management and Human Resources, College of Business and Accounting, Bandar Muadzam Shah, Pahang. ID02 brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UUM Repository