Penilaian geomorfologi tanah runtuh lama di tanah tinggi tropika
– Kajian kes Cameron Highlands dan Kundasang, Malaysia
(Geomorphological assessment of past landslides in tropical highlands
– Case studies from Cameron Highlands and Kundasang, Malaysia)
Tajul Anuar Jamaluddin
*
, Norasiah Sulaiman, Nor Shahidah Mohd Nazer
Program Geologi, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar,
Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM-Bangi, Selangor, Malaysia
* Corresponding author email address: taj_anuar@yahoo.com
Abstrak: Tanah runtuh lama adalah tanah runtuh yang berlaku, mungkin puluhan atau ratusan tahun yang lalu dan
boleh diaktifkan semula oleh penyebabnya yang asal atau penyebab lain. Kewujudannya geobahaya ini sering terlepas
pandang disebalik kerencaman topograf dan litupan tumbuhan yang tebal di kawasan tanah tinggi tropika. Kemahiran
asas geomorfologi dan pengalaman diperlukan untuk mengecam dan memetakan tanah runtuh jenis ini kerana ftur-ftur
geomorfologi yang berasosiasi dengannya telah diubahsuai akibat proses luluh hawa, hakisan dan pemendapan yang pesat
di rantau tropika. Pembangunan infrastruktur di kawasan berbukit dan tanah tinggi di Malaysia akhir-akhir ini secara tidak
langsung mendedahkan pelbagai masalah geoteknik dan risiko geobencana susulan pengaktifan semula tanah runtuh lama.
Tanah runtuh lazimnya menghasilkan tanda-tanda yang boleh dilihat dan boleh dikenalpasti melalui cerapan morfologi
dan corak topograf cerun bukit secara teliti. Penggunaan kaedah penderiaan jauh dan fotogrametri dron sangat membantu
dalam proses pencerapan morfologi tanah runtuh lama. Sesebuah tanah runtuh, sama ada yang baru atau lama mempunyai
himpunan ftur-ftur geomorfk tersendiri, bergantung kepada jenis, saiz dan usia kegagalan dan skala cerapan. Fitur-ftur
seperti kerawang di bahagian kepala, tubir utama, tubir sisi, cerun cekung dibahagian tengah, dan disusuli dengan topograf
cembung dan beralun di bahagian kaki cerun adalah petunjuk utama untuk mengenalpasti kewujudan geobahaya tanah
runtuh. Tanda-tanda lain seperti kehadiran longgokan kolovium di kaki cerun atau di lantai lembah, anak-anak sungai
bercabang bentuk-Y di bahagian hulu cerun, kewujudan teres-teres bertingkat, perbezaan kepadatan tumbuh-tumbuhan
dengan cerun sekitarnya, juga boleh dijadikan petunjuk untuk mengenalpasti tanah runtuh lama dan menganggarkan usia
relatifnya sama ada muda, dewasa atau tua. Penilaian geomorfologi daripada kawasan Cameron Highlands dan Kundasang
dibentangkan untuk dijadikan panduan bagi mengesan dan mengenalpasti kehadiran geobahaya tanah runtuh lama serta
dipetakan di dalam peta inventori tanah runtuh sebagai sebahagian maklumat asas geobahaya.
Katakunci: Fitur geomorfologi, geobahaya, tanah runtuh lama
Abstract: Past landslides are old landslides, probably decades or hundreds of years ago that could be reactivated by their
original causes or other causes. Their occurrences are often overshadowed by topographic complexity and dense vegetation
cover in the hilly tropical terrain. Basic skills in geomorphology and experience is needed to recognize and identify
this type of landslide because the associated geomorphic features tend to be mollifed by intense tropical weathering,
erosion and rapid sedimentation of the tropical region. Infrastructural developments encroached into the hilly terrains of
Malaysia recently has indirectly expose various geotechnical problems and geodisaster risks due to reactivation of the past
landslides. Landslides often produced visible signs and can be identifed through detailed observation on the morphology
and hill slope topography. The aid from new and advanced remote sensing technology and drone photogrammetry making
geomorphological observation of past landslide in remote natural terrains easier and more convincing. A landslide, whether
new or past, is often characterized by an assemblage of distinct geomorphic features depending on its type, size, age and
scale of observation. Features like arcuate crown and main head scarp, side scarps, concave upper slope, convex lower
slope and followed by undulating hummocky topography near toe are amongst the main signature to identify the existence
of landslides geohazard. Other signs inclusive of colluvial deposit at the foot of the slope or in the downstream foor
valey, Y-shaped bifurcating streamlets in the upstream, the existence of stepped terraces, diferent vegetation cover to the
slope counterparts, can also be used to identify and to estimate the relative age of past landslides, either young, mature
or old. Geomorphological assessment from Cameron Highlands and Kundasang areas are presented herein as a guide
to recognize and identify the existence of past geohazard and mapped into landslide inventory as part of fundamental
information for geohazard.
Keywords: Geomorphic features, geohazards, past landslides
Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 69, May 2020, pp. 111 - 124
DOI: https://doi.org/10.7186/bgsm69202010
0126-6187; 2637-109X / © 2020 Geological Society of Malaysia. All rights reserved.