ISSN: 1823-884x Volume 19, Issue 6 Received: 1 June 2022 Accepted: 30 July 2022 e-Bangi: Journal of Social Sciences & Humanities https://ejournal.ukm.my/ebangi Artikel Royalscape Diraja Satu Perwakilan Asas Pelancongan Bandar Diraja (Royalscapes as Key Royal Town Tourism Attractions) Zurina Ahmad Saidi 1 , Zurinah Tahir 1* , Jalaludin Abdul Malek 1 & Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff 2 1 Program Sains Pembangunan, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor, Malaysia. 2 Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Univer- siti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor, Malaysia. * Pengarang Koresponden: zurinahtahir@ukm.edu.my Abstrak: Bandar Diraja merupakan satu rangkaian kepada sejarah, geografi dan budaya yang sangat luas. Ciri-ciri Diraja yang dimiliki oleh Bandar Diraja dalam menjayakan identiti sesebuah bandar Diraja serta keu- nikannya yang tersendiri. Tarikan utama adalah karakter istimewa bandar Diraja sendiri seperti budaya, se- jarah, seni bina dan nilai estetika bandar Diraja. Bandar Diraja di Malaysia merupakan warisan unik yang menjadi perlambangan sebuah negara berdaulat dan Melayu tradisional. Walau bagaimanapun, sifat dan keadaan bandar Diraja hampir terhakis oleh kerana perkembangan dan kemodenan yang tidak terkawal. Kuala Kangsar merupakan satu bandar Diraja yang mempunyai produk asli dalam menawarkan pelancongan bandar Diraja. Walau bagaimanapun, produk dan aset-aset tarikan utama ini masih menjadi persoalan kerana tidak jelas, tidak dibangunkan secara komprehensif malah tiada kriteria khusus keperluan produk ini sebagai salah satu aset tarikan kunjungan pelancong. Asas pelancongan yang mewakili bandar Diraja tidak jelas dan kabur. Kajian bertujuan untuk memperincikan asas perwakilan pelancongan berdasarkan tujuh royalscape yang dirangka dalam kajian ini sebagai pelopor kepada pelancongan bandar Diraja Kuala Kangsar. Teknik pensam- pelan secara kebetulan (accidental atau convenience sampling) digunakan dengan edaran borang soal selidik kepada 500 responden berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Hasil dapatan menunjukkan kesemua royalscape berada di tahap sederhana tinggi. Fizikal bandar Diraja menjadi tumpuan pelancong dengan peratusan kun- jungan melebihi 75.0%. Estetika bandar Diraja memberikan nilai tambah yang tinggi kepada pelancong serta lebih 80.0% pelancong melakukan perjalanan ke lima destinasi tarikan utama. Kesimpulan, makalah ini menunjukkan perwakilan royalscape bandar Diraja ini memandu pelancong dalam memberi imej pelancongan bandar Diraja Kuala Kangsar. Kajian ini memberi impak dalam pelancongan bandar Diraja yang mempunyai potensi untuk dibangunkan di peringkat pemegang taruh serta memberi manfaat kepada pelancong dan pem- bangunan Kuala Kangsar sebagai kawasan tumpuan pelancong pada masa akan datang. Kata kunci: Royalscape Diraja; Pelancongan bandar Diraja; pelancong domestik; bandar Diraja Kuala Kang- sar. Abstract: A royal town serves to provide broad linkages to the history, geography and culture of a loca- tion.The specific characteristics of a royal town establish its identity and its uniqueness. Its principal attraction