Jurnal Melayu Bil. 13 Disember 2014 ISSN 1675-7513 72 EKSPRESI EMOSI MELALUI BAHAN BACAAN SASTERA KANAK-KANAK ARBA’IE SUJUD Universiti Putra Malaysia arbaie@upm.edu.my NURUL AZIMAH ABDULL SEDIK Universiti Putra Malaysia nurulazimah@gmail.com NIK RAFIDAH NIK MUHAMAD AFFENDI Universiti Putra Malaysia nikrafidah@gmail.com INTAN ZAHARIAH GAISUN Universiti Putra Malaysia intanzahariah@gmail.com ABSTRAK Hasil kesusasteraan tidak membawa sebarang pengertian tanpa kehadiran rasa dan emosi di dalamnya khususnya sastera kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan bahan bacaan yang dapat merangsang emosi dan perasaan mereka agar pertumbuhan dan perkembangan emosi mereka seiring dan seimbang dengan perkembangan jasmani, rohani, intelektual dan sosialnya. Bahan bacaan bukan sahaja perlu ada unsur pengajaran atau ilmu pengetahuan semata-mata, namun emosinya juga penting bagi membangkitkan nilai rasa dan kejiwaan dalam diri kanak-kanak itu sendiri. Dengan adanya emosi dalam bahan bacaan sastera kanak-kanak yang ditampilkan, jiwa mereka lebih terangsang dan ini menjadikan perkembangan emosi mereka dapat berkembang seiring dengan tahap masing-masing. Tanpa emosi, sesuatu karya yang dihasilkan hambar dan tidak menarik perhatian khalayak khususnya kanak-kanak untuk terus membaca karya tersebut kerana karya yang dihasilkan itu kurang daya gerakan emosi dan membosankan mereka. Justeru, artikel ini akan menganalisis ekspresi emosi kanak-kanak yang dikesan melalui bahan bacaan sastera kanak-kanak. Kata kunci: sastera kanak-kanak; perkembangan kanak-kanak; ekspresi; jiwa; emosi EXPRESSION OF EMOTION VIA CHILDREN’S LITERATURE READING ABSTRACT The outcome of literature does not bring any meaning without the presence of feeling and emotion, especially in the aspect of children’s literature. Children need reading materials that are able to stimulate their feeling and emotion so that their emotion growth and development are in line with their physical, spiritual, intellectual and social development. Reading materials should not solely contain element of teaching or knowledge, but the element of emotion is also important to evoke the sense of feeling and psychology in children. With the presence of emotion in children's literature reading, their emotion will be more stimulated brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UKM Journal Article Repository