Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008 1 Kajian Penggunaan Alat Bantu dalam Pembelajaran Rangkaian Internet Protokol Versi 6 (IPv6) Nazrulazhar Bahaman a , Erman Hamid a , Akhdiat Abd Malek b , Zaki Mas’ud a , Mohd Fairuz Iskandar Othman a a Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Karung Berkunci 1200, 75450 Ayer Keroh, Melaka b Pusat Pengajian Umum, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, N. Sembilan. {nazrulazhar, erman, zaki.masud, mohdfairuz}@utem.edu.my, akhdiat@usim.edu.my Abstrak Kertas kerja ini menerangkan kaedah pembelajaran rangkaian internet protokol versi 6 (IPv6) kepada pelajar sarjana muda dan diploma di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Di sini, penerangan mengenai rangkaian IPv6 didalam bidang teknologi maklumat dilaksanakan melalui sokongan alat bantu simulasi rangkaian untuk memantapkan tahap pemahaman para pelajar. Oleh itu, langkah selanjutnya telah dilaksanakan bagi membuktikan di mana sistem alat bantu ini lebih efektif berbanding cara pembelajaran konvensional. Kajian telah dijalankan terhadap dua kumpulan pelajar daripada semester pengajian yang berbeza di mana hanya satu kumpulan sahaja diberi pendedahan kepada alat bantu tersebut. Melalui kaedah soal-selidik dan keputusan ujian pelajar, beberapa permasalahan dan penemuan berkaitan pembelajaran ini berjaya dihasilkan. Pelbagai kelebihan terdapat pada alat bantu simulasi yang berperanan dalam memudahkan pemahaman tentang rangkaian IPv6 merangkumi proses pemilihan, pengurusan dan pengkonfigurasian perkakasan dan rangkaian. Kaedah pembelajaran turut menjadi lebih mudah serta menarik melalui pendekatan opsyen samada Grafic Computer Interface (GUI) atau Command Line Interface (CLI). Penggunaan alat bantu simulasi oleh para pelajar secara langsung mempertingkatkan penguasaan kemahiran merekacipta dan membangunkan rangkaian IPv6. Jesteru itu, perlaksanaan pembelajaran berasaskan alat bantu seperti simulasi ini semakin mendapat galakan khususnya di dalam sektor pendidikan secara teknikal. Ini adalah berikutan pendekatan tersebut bersesuaian dengan kemudahan teknologi terkini. Keywords: IPv6, Simulasi, rangkaian, konfigurasi, alat bantu 1. Pengenalan Pembelajaran sistem rangkaian adalah salah satu matapelajaran keutamaan dalam jurusan teknologi maklumat khususnya bidang rangakaian. Kebolehan pelajar menerima, memahami dan mengaplikasikan ilmu ini amat penting kerana ia menjadi asas dalam jurusan ini. Kemahiran yang dituntut dalam sistem rangkaian adalah bagaimana pelajar perlu mengetahui struktur asas perkakasan agar arahan perlaksanaan yang dikonfigurasi dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Menurut Foruzan (2007), rangkaian adalah set perkakasan- perkakasan yang dihubungkan oleh pautan. Sistem rangkaian atau lebih spesifiknya boleh dibahagikan kepada LAN, MAN dan WAN menjadi nadi kehidupan pada hari ini. Penggunaannya menjadi satu keperluan untuk menjadikan urusan seharian lebih efisyen dan sistem rangkaian kini boleh didapati ada di mana-mana. Amnya, aplikasi sistem rangkaian boleh diperolehi di tempat kerja, rumah mahu pun di restoran. Kertas kerja ini akan menerangkan tentang sistem rangkaian, Internet Protokol Versi 6 (IPv6) dan penggunaan alat bantu simulasi Packet Tracer 5.0 dalam memudahcarakan pelajar memahami konsep struktur asas perkakasan dan bagaimana arahan perlaksanaan dapat digunakan dengan sebaik mungkin bersesuaian dengan struktur perkakasan tadi. Juga, kajian tahap pemahaman pelajar dibicarakan dengan melakukan perbandingan terhadap dua kumpulan pelajar. Ia juga menerangkan kekuatan dan kelemahan dalam proses meningkatkan pemahaman pelajar berkenaan sistem rangkaian IPv6. 2. Kajian Literasi 2.1 Internet Protokol