MAHAWANGSA 10 (1): 33 – 43 (2023)
e-ISSN: 2805-5691 © Penerbit Universiti Putra Malaysia
Nasihat Syeikh Nur Al-Din Al-Raniri Dalam Membina Nilai Murni Para Umarak
Demi Kesejahteraan Rakyat Dan Bangsa
Rozita Che Rodi
1
Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang,
Selangor, Malaysia.
ABSTRAK
Karya Bustan al-Salatin dianggap sebagai sebuah karya Melayu tradisional dalam bidang sejarah dan
adab yang terbesar yang mengandungi tujuh bab, dan 60 fasal dengan kandungannya meliputi bidang
sejarah, falsafah moral dan etika, tasawuf bahkan perubatan Melayu tradisional. Pengarangnya, iaitu
Syeikh Nur al-Din al-Raniri merupakan seorang berbangsa India dari Randir, Gujerat. Beliau pernah
berkhidmat sebagai Syeikhul al-Islam pada kerajaan Aceh dalam abad ke-17. Belasan karya beliau
dalam bahasa Melayu meliputi pelbagai bidang ilmu Islam, sejarah, falsafah etika bahkan dalam
bidang perubatan tradisional. Karya beliau itu telah disebar dan dibaca di seluruh Alam Melayu.
Namun begitu, beliau lebih terkenal dalam bidang ilmu Islam, termasuk ilmu fiqah, ilmu kalam,
tasawuf dan pemikiran Islam menentang kaum wujudiyah yang dianggap oleh beliau sebagai
pembawa ilmu sesat atau zindiq. Beliau juga boleh dianggap sebagai pendukung dan pembela
pendekatan pemerintahan yang berasaskan etika dan nilai murni, seperti yang terkandung dalam karya
terbesar atau magnum opus beliau Bustan al-Salatin. Hakikat ini boleh ditelusuri dalam pelbagai
nasihat beliau dalam Bustan al-Salatin yang secara khusus ditujukan kepada Sultan Aceh Sultan
Iskandar Thani, penaung beliau, tetapi secara umum nasihat itu ditujukan juga kepada para umarak
Melayu. Fokus utama kertas kerja ini ialah untuk menganalisis beberapa nasihat beliau yang tercatat
dalam karya Bustan al-Salatin yang mendukung kaedah pemerintahan berasaskan etika dan nilai
murni yang memberikan manfaat besar kepada rakyat jelata. Kertas kerja ini juga akan
membincangkan kandungan utama Bustan al-Salatin secara umum, namun fokus perbincangan ialah
petikan beberapa nasihat yang ditujukan kepada para umarak, demi menggalak dan mendorong
mereka melaksanakan pemerintahan berdasarkan nilai murni dan akhlak mulia agar rakyat dan negeri
INFO MAKALAH
Pewasitan Makalah:
Dihantar: 25 Ogos 2022
Diterima: 15 Mei 2023
Diterbitkan: 9 Jun 2023
E-mel:
ita_cherodi@upm.edu.my (Rozita Che Rodi)
menjadi aman dan sejahtera dengan mendapat
kejayaan yang hakiki, bukan sahaja di dunia tetapi
juga di akhirat kelak.
Kata kunci: Syeikh Nur al-Din al-Raniri, Bustan al-
Salatin, Alam Melayu, nilai murni dan etika Melayu,
keintelektualan Melayu.
1
ROZITA CHE RODI (PhD) merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia (UPM), mengkhusus dalam bidang Semantik: Semantik Budaya, Semantik Leksikal, Medan Semantik,
Pemikiran dan Peradaban Melayu. Beliau pernah mengikuti kursus Pascadoktoral di School of Oriental and African Studies (SOAS),
University of London, United Kingdom dengan tumpuan kajian terhadap “Penelitian Kandungan Bustan Al-Salatin Berkaitan Nasihat
Syeikh Nur al-Din al-Raniri Kepada Sultan Aceh” dari tahun 2015-2017.