MAHAWANGSA 4 (1): 89 - 98 (2017) ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia MAHAWANGSA Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/ Pewasitan Makalah: Dihantar: 10 Disember 2016 Diterima: 23 Februari 2017 INFO MAKALAH E-mel: drnormaliza@gmail.com (Normaliza Abd Rahim) aliaaroslan@gmail.com (Siti Nur Aliaa Roslan) maisararoslan@gmail.com (Nur Maisarah Roslan) *Penulis penghubung Konfik Emosi dalam Lirik Lagu ‘Nipah oh Nipah’ Normaliza Abd Rahim 1 *, Siti Nur Aliaa Roslan 2 dan Nur Maisarah Roslan 1 1. Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400, Serdang, Selangor, Malaysia 2 . Jabatan Kejuruteraan Geomatik, Fakulti Seni Bina dan Alam Bina, Infrastructure University Kuala Lumpur, Unipark Suria, Jalan Ikram – Uniten, 43000 Kajang, Selangor. Malaysia ABSTRAK Kajian ini memberikan tumpuan terhadap konfik emosi melalui ujaran pelajar sekolah rendah di Selangor. Ujaran pelajar adalah melalui lirik lagu ‘Nipah oh Nipah’ dari Siri Si Pekaka Bercerita, Dewan Bahasa dan Pustaka. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti dan membincangkan ujaran pelajar terhadap lirik lagu. Sampel kajian terdiri daripada 20 subjek daripada beberapa buah kelas di sebuah sekolah di Selangor. Subjek diberi peluang untuk mendengar lagu ‘Nipah oh Nipah’ sebanyak 10 kali. Mereka diberi peluang untuk berbincang bersama rakan yang lain tentang makna lirik lagu tersebut. Selepas itu, subjek ditemu bual tentang emosi yang terkandung dalam lirik lagu tersebut. Ujaran daripada temu bual dianalisis dengan menggunakan analisis wacana. Keputusan kajian menunjukkan bahawa subjek memberikan ujaran yang mengandungi konfik emosi melalui lirik lagu tersebut. Subjek dapat mengenal pasti emosi yang berlainan daripada setiap pokok nipah. Kata Kunci : konfik, emosi, ujaran, lirik lagu, animasi Emotional confict in the Song Lyrics ‘ Nipah Oh Nipah’ ABSTRACT This study focuses on the emotion confict through primary school students interactions. The students’ interactions are through the song lyrics ‘Nipah oh Nipah’ from the Kingfsher Series by Dewan Bahasa and Pustaka. The objectives of the study are to identify and dicuss the students’ interactions towards the song lyrics. The samples of the study consisted of 20 subjects from a few classes in a school in Selangor. The subjects were given the chance to listen to the song ‘Nipah oh Nipah’ for ten times. They were also given the change to discuss with their friends about the meaning of the song lyrics. Then, the subjects were interviewed on the emotions that consist in the song lyrics. The interactions from the