284 PENGARUH PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL SEKOLAH DAN EFIKASI KENDIRI GURU TERHADAP AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 THE INFLUENCE OF SCHOOL’S PSYCHOSOCIAL ENVIRONMENT AND THE TEACHER'S SELF-EFFICACY ON THE 21ST CENTURY TEACHING AND LEARNING PRACTICES Mohammad Azri Bin Amatan 1 SMK Bahang, Penampang (Emel: mazria_2387@yahoo.com.my) Crispina Gregory K Han 2 Unit for Rural Education Research, Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia. (Email: crispina@ums.edu.my) Received date: 14-07-2019 Revised date: 16-07-2019 Accepted date: 21-07-2019 Published date: 15-09-2019 To cite this document: Amatan, M. A. & Han, C. G. K. (2019). Pengaruh Persekitaran Psikososial Sekolah dan Efikasi Kendiri Guru Terhadap Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21. International Journal of Education, Psychology and Counseling, Counseling, 4 (32), 284-314. DOI: 10.35631/IJEPC.4320026 ___________________________________________________________________________ Abstrak: Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti pengaruh Persekitaran Psikososial Sekolah dan Efikasi Kendiri Guru terhadap Amalan PdP Abad Ke-21 guru-guru sekolah menengah daerah Penampang. Teknik pensampelan rawak berstrata berkadar digunakan terhadap 329 orang guru sebagai responden. Kajian kuantitatif tinjauan ini dilakukan melalui pengumpulan data menggunakan set borang soal selidik. Data dianalisis secara statistik diskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 25.0. Secara keseluruhannya, tahap Persekitaran Psikososial Sekolah dilaporkan sederhana, tahap Efikasi Kendiri Guru dan Amalan PdP Abad Ke-21 masing-masing dilaporkan adalah tinggi. Keputusan ujian Korelasi (Pearson Product-Moment) mendapati hubungan rendah ke sederhana yang signifikan antara Persekitaran Psikososial Sekolah dengan Amalan PdP Abad Ke-21. Manakala, hubungan sederhana ke tinggi yang signifikan antara Efikasi Kendiri Guru dengan Amalan PdP Abad Ke-21. Keputusan ujian Regresi Pelbagai (Stepwise) mendapati Persekitaran Psikososial Sekolah dan Efikasi Kendiri Guru menyumbang sebanyak 31.8% terhadap Amalan PdP Abad Ke-21. Sebagai maklum balas, penyelidik mengemukakan cadangan untuk diberi perhatian oleh pihak berkepentingan. Implikasi dapatan kajian dan cadangan kajian lanjut turut dibincangkan dan dicadangkan bagi penyelidikan masa hadapan. Volume: 4 Issues: 32 [September, 2019] pp.284-314] International Journal of Education, Psychology and Counseling eISSN: 0128-164X Journal website: www.ijepc.com