Analisis Pengajaran Guru dalam Mata Pelajaran Matematik ke Arah Aplikasi Kognisi 31-41 31 Analisis Pengajaran Guru dalam Mata Pelajaran Matematik ke Arah Aplikasi Kognisi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Melalui Kaedah Hermeneutik Analysing Mathematics Teaching Towards Cognitive Application in Primary School Standard Curriculam Through Hermeneutics Method Suppiah Nachiappan, Kanmani Rengasamy, Vishananthini Maniam, Charles Ganaprakasam, & Fatimah Mohd Zulkafaly Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris e-mail: suppiah@fppm.upsi.edu.my Abstrak Kajian ini adalah untuk menganalisis pengajaran mata pelajaran Matematik ke arah aplikasi kognisi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di sebuah sekolah rendah melalui Kaedah Hermeneutik. Kajian ini melibatkan enam orang guru yang mengajar mata pelajaran Matematik KSSR di sebuah sekolah rendah yang terletak di Sungai Siput (U), daerah Kuala Kangsar. Sampel kajian adalah berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada mereka. Hasil kajian didapati terdapat tiga masalah utama yang dihadapi oleh murid, iaitu sukar memahami konsep matematik, sukar mengingati istilah atau kata kunci matematik dan juga masalah dalam penyelesaian masalah matematik. Guru juga menghadapi tiga masalah utama dalam pengajaran Matematik, iaitu bahan rujukan matematik kurang, guru tidak berpengalaman atau guru bukan opsyen Matematik dan masa pengajaran dan pembelajaran Matematik tidak mencukupi. Hasil kajian juga menunjukkan tiga kaedah penting yang boleh digunakan oleh guru semasa mengajar Matematik KSSR bagi meningkatkan kognisi murid, iaitu inkuiri penemuan, pembelajaran kooperatif dan konstruktivisme. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menyediakan bahan rujukan dalam Matematik, melatih guru supaya lebih berpengalaman dan mengkaji masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik. Kata kunci Kaedah Hermeneutik, aplikasi kognisi, mata pelajaran Matematik, Kurikulum Standard Sekolah Rendah Abstract This study was to analyze the teaching of mathematics to the application of cognitive in KSSR in a primary school through Hermeneutic Method. The study involved six teachers who teach Mathematics KSSR in a primary school located in Sungai Siput (U), Kuala Kangsar. The sample used for this study is based on questionnaires that were distributed to them. The study found that there are three main problems faced by the students, which are, difficulty in understanding mathematical concepts, difficulty in remembering mathematical terms or keywords, and in mathematical problem solving. Teachers also faced three major problems in teaching mathematics, namely, less mathematical reference materials in Tamil, inexperienced teachers or teacher are not from Mathematics option and the teaching and learning time for Mathematics is not enough. The study also shows three important methods that can be used by teachers while teaching Mathematics KSSR to improve cognitive skills, which are, discovery learning, cooperative learning and constructivism learning. This study has implications on the Education Department in providing Mathematical reference materials in Tamil, to train teachers to be more experienced and to analyze the teaching and learning time for Mathematics. Keywords Hermeneutic Method, cognition approach, Mathematics subject, Primary School Standard Curriculum