1 Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN) International Journal of Malay Letters Jilid 4/Jan/2016, 1-24 ISSN:2289-5000 KEPELBAGAIAN DIALEK DALAM KELUARGA DUSUNIK: ANALISIS CIRI LEKSIKAL [DIVERSITY DIALECTS IN THE FAMILY OF DUSUNIK: AN ANALYSIS OF LEXICAL ELEMENT] Minah Sintian 1 & Mohd. Sharifudin Yusop 2 1 Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris *Corresponding author: minahsintian@fbk.upsi.edu.my 2 Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia mosy@upm.edu.my ABSTRAK Makalah ini bertujuan untuk meneliti variasi fonem dalam leksikal dialek-dialek keluarga Dusunik, iaitu Bunduliwan, Tangara, Tatana, Mangkaak, Dumpas dan Rungus. Data diteliti menggunakan kaedah dialektologi generatif khususnya teori fonologi generatif. Data kajian diperoleh melalui kajian lapangan dan analisis dokumen menggunakan kamus. Sejumlah 207 senarai kata Swadesh terjemahan bahasa Melayu telah digunakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan data. Hasil kajian mendapati fonologi dialek-dialek Dusunik mengalami proses perubahan dan pengguguran segmen dalam kata leksikal. Proses perubahan bunyi melibatkan 7 pasangan variasi fonem konsonan, iaitu fonem /l/ dan /h/, fonem /r/ dan /l/, fonem /l/ dan /d/, fonem /h/ dan /s/, fonem /w/ dan /v/, fonem /y/ dan /z/ serta fonem /Ɂ/ dan /k/. Proses pengguguran fonem konsonan pula melibatkan fonem /t/, /h/, /r/, /l/ dan /y/. Perubahan dan pengguguran fonem konsonan itu tersebar di awal kata, tengah kata dan akhir kata. Perubahan dan pengguguran boleh mempengaruhi bunyi kata sebutan asal dan memberi impak kepada darjah saling faham-memahami antara penutur dialek yang berasal dari satu bahasa Persatuan Penulis Budiman Malaysia Budiman Writers Association of Malaysia