238 KANUN [DISEMBER 2013] [MAKALAH] BERSARA TETAPI BEKERJA: SENARIO PESARA MALAYSIA PADA MASA HADAPAN Siti Zaharah Jamaluddin szjamal@um.edu.my Foo Yuen Wah yuenwah0129@gmail.com Fakulti Undang-undang Universiti Malaya Abstrak Malaysia dijangka akan menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030. Pada masa yang sama jangka hayat manusia telah meningkat, maka adalah penting untuk warga emas agar dapat berdikari dari segi kewangan selepas bersara. Makalah ini menganalisis peruntukan undang-undang yang sedia ada berkaitan dengan persaraan dalam menangani isu ini. Makalah ini juga menunjukkan langkah yang telah diambil oleh kerajaan sebagai persediaan untuk menghadapi pertambahan populasi warga emas ini. Walau bagaimanapun, banyak perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan pesara ini dapat berdikari dari segi kewangan apabila mereka bersara. Perancangan untuk persaraan seharusnya dimulakan seawal mungkin. Kata kunci: persaraan, pesara, warga emas, kewangan, perancangan Abstract Malaysia is expected to be an ageing nation by the year 2030. Life expectancy will have increased, making it important for the aged to be fnancially independent after retirement. This article seeks to address this issue by analysing the existing legal framework on retirement. This article also illustrates the efforts taken by the government in preparation for the increase in the number of senior citizens. However, it is felt that more is needed to be done in order to ensure the senior citizens are fnancially independent after retirement. Planning for retirement must start as early as possible. Keywords: retirement, retiree, senior citizens, life expectancy, fnance, planning