Journal of Educational Psychology and Counseling, volume 2, Jun 2011, Pages 145-174/ ISSN: 2231-735X Faktor-Faktor Kelemahan Yang Mempengaruhi Pencapaian Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta Muhamad Abdillah Royo 1 & Haleefa Mahmood 1 1 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor, Malaysia Abstrak: Kajian ini mengkaji faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta di tiga buah sekolah menengah akademik di daerah Johor Bahru. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor minat pelajar, sikap pelajar, guru dan kemudahan mata pelajaran Reka Cipta di sekolah. Jumlah responden yang terlibat ialah seramai 57 orang pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir, Maktab Sultan Abu Bakar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Nilai kebolehpercayaan instrumen ialah _ = 0.86 dan menunjukkan kebolehpercayaan soalan yang tinggi. Analisis data dibuat menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan faktor-faktor minat pelajar (min = 2.69), sikap pelajar (min = 2.84), guru (min = 2.92) dan kemudahan mata pelajaran Reka Cipta di sekolah (min = 2.74) berada pada tahap sederhana. Beberapa cadangan bagi mengatasi faktor-faktor kelemahan yang dikenalpasti dalam kajian ini turut dikemukakan di akhir kajian. Katakunci: Pencapaian cemerlang, Mata pelajaran reka cipta, minat, sikap, guru, kemudahan mata pelajaran Abstract: This research examines the weakness factors that influenced students excellent achievement in Invention subjects at three academic schools in Johor Bahru. Four factors investigated were students interest, students attitudes, teachers and Invention subject amenity at school. There were 57 respondents of form five students from SMK Tun Syed Nasir, Maktab Sultan Abu Bakar and SMK Tanjung Adang. Questionnaires were used as research instrument. The instrument reliability is _ = 0.86 and possessed high trustworthiness questions. The data were analyzed using Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) software to obtain mean, frequency and percentage. The findings showed that the factors of students interest (mean = 2.69), students attitudes (mean = 2.84), teachers (mean = 2.92) and Invention subject amenity at school (mean = 2.74) are at moderate level. By the end of this research, several suggestions to overcome the weakness factors identified in this research were also given. Keywords: Excellent achievement, Invention subject, Interest, Student attitudes, Teacher, Invention subject 1.0 PENGENALAN Reka Cipta adalah berdasarkan gabungan tiga dimensi atau konsep iaitu minda, kemahiran dan sikap atau nilai. Dalam proses reka cipta, penjanaan dan pencetusan idea bermula dengan minda. Idea yang abstrak ini diterjemahkan dalam bentuk lakaran. Kemahiran diperlukan bagi merealisasikan lakaran ini ke dalam bentuk model atau prototaip yang konkrit. Nilai dan sikap seseorang pereka cipta juga penting dalam memantap dan memberi nilai tambah kepada produk yang direka cipta (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002). Mata pelajaran Reka Cipta merupakan salah satu brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository