Journal of Contemporary Islamic Law, (2021) Vol. 6(2): 12-21 e-ISSN: 0127-788X 12 Aplikasi Qabd dalam Hibah: Pandangan Fuqaha dan Pengamalan dalam Perundangan di Malaysia Application of Qabd in Hibah: Fuqaha Views and Legal Practice in Malaysia NOR AINI ABDULLAH, Universiti Kebangsaan Malaysia NOOR LIZZA MOHAMED SAID 1 , Universiti Kebangsaan Malaysia MOHD ZAMRO MUDA, Universiti Kebangsaan Malaysia NASRUL HISYAM NOR MUHAMAD, Universiti Teknologi Malaysia Received: May 9, 2021 Accepted: November 11, 2021 Online Published: June 15, 2021 URL: http://www.ukm.my/jcil ABSTRAK Hibah merupakan salah satu amalan dalam merancang dan mengurus harta orang Islam. Amalan hibah yang diamalkan oleh masyarakat pada hari ini telah memperlihatkan satu perkembangan yang baik dalam usaha mengagihkan harta sebelum berlaku kematian. Namun, dalam memastikan amalan hibah selari dengan tuntutan syarak, terdapat beberapa rukun hibah yang perlu dipatuhi untuk memastikan akad hibah sah. Hal ini kerana terdapat satu elemen yang menjadi perselisihan dalam kalangan fuqaha iaitu kedudukan qabd dalam akad hibah. Kesan kepada perbezaan pandangan fuqaha terhadap kedudukan qabd telah menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat terhadap pelaksanaan qabd dalam amalan hibah. Penulis telah mengesan beberapa bentuk penerimaan hakim terhadap bentuk qabd melalui beberapa kes hibah yang telah dibicarakan di Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, artikel ini akan membincangkan pendapat fuqaha berkaitan kedudukan qabd dalam akad hibah serta hujah yang mendasari pandangan mereka. Kajian ini juga akan mengesan kedudukan pelaksanaan qabd dalam perundangan di Malaysia melalui kes-kes hibah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah. Metodologi kajian yang digunakan adalah melalui kajian kepustakaan dan analisis data-data yang diperolehi. Kajian ini mendapati perbezaan pendapat di antara fuqaha berkenaan dengan kedudukan qabd dalam akad hibah telah memberi kesan terhadap amalan hibah dalam kalangan orang Islam di Malaysia. Kata kunci: Hibah, qabd, perancangan dan pengurusan harta, rukun hibah, fuqaha. ABSTRACT Hibah is one of the practices in planning and managing the property of Muslims. The practice of hibah practiced by the community today has shown a good development in the effort to distribute property before death. However, in ensuring that the practice of hibah is in line with Islamic law, there are several pillars of hibah that must be observed to ensure that the hibah contract is valid. This is because there is one element that is in dispute among the jurists, namely the position of qabd in the hibah contract. The effect of the differences in the views of the jurists on the position of qabd has caused confusion among the community on the implementation of qabd in the practice of hibah. The author has traced several forms of judges' acceptance of the qabd form through several hibah cases that have been tried in Syariah Courts. Therefore, this article will discuss the opinions of jurists regarding the position of qabd in the hibah contract as well as the arguments underlying their views. This study will also trace the position of the implementation of qabd in the law in Malaysia through hibah cases heard in Syariah Courts. The research methodology used is through a literature review and analysis of the data obtained. This study found that differences of opinion among jurists regarding the position of qabd in the hibah contract have affected the practice of hibah among Muslims in Malaysia. Keywords: Hibah, qabd, property planning and management, pillars of hibah, fuqaha PENGENALAN Hibah merupakan satu amalan pemberian secara sukarela yang melibatkan harta alih mahupun harta tak alih. Konsep hibah berbeza dengan konsep pengurusan harta yang lain seperti faraid dan wasiat. 1 Corresponding author. Ini kerana tujuan hibah adalah untuk berkasih sayang antara pihak pemberi dan penerima tanpa mengharapkan sebarang balasan. Golongan yang berhak menerima hibah tidak dihadkan kepada golongan yang tertentu seperti mana sistem faraid yang mengkhususkan pembahagian harta si mati ke atas ahli waris sahaja manakala penerima wasiat tidak