NOOR AIN Mat Noor AHMAD KAMAL ARIFFIN Mohd Rus Universiti Malaya IDENTITI KEMELAYUAN DALAM PENTADBIRAN KEDAH, 1923-1941 MALAY IDENTITY IN KEDAH ADMINISTRATION, 1923-1941 Kertas kerja ini akan meninjau identiti kemelayuan yang diterapkan dalam pentadbiran Kedah dalam tempoh selepas Perjanjian 1923 ditandatangani di antara Kedah dan British. Antara perkara utama yang ditonjolkan dalam perjanjian ini berkisar mengenai penggunaan bahasa Melayu dan tulisan Jawi sebagai bahasa dan tulisan rasmi di samping beberapa lagi perkara yang menyentuh secara langsung berkenaan dengan pentadbiran di Kedah. Perjanjian 1923 sebenarnya diiringi oleh beberapa syarat yang dikemukakan oleh Tunku Ibrahim (Pemangku Raja Kedah) kepada British di mana kesemua syarat ini berkisar mengenai kedudukan orang Melayu dalam pentadbiran. Dengan meneliti setiap aspek perjanjian dan syarat-syarat tersebut, beberapa persoalan cuba dibangkitkan. Pertama; adakah bahasa Melayu dan Jawi terus digunakan dalam pentadbiran Kedah dalam tempoh selepas Perjanjian 1923 ditandatangani? Kedua, adakah syarat-syarat Tunku Ibrahim yang mahu mengutamakan orang Melayu dalam soal pengisian jawatan dilaksanakan dalam pentadbiran Kedah atau pun tidak? Secara keseluruhan, Perjanjian 1923 sebenarnya tidaklah memberi kesan yang negatif dari aspek penguasaan orang Melayu khasnya dalam pentadbiran. Orang Melayu dilihat masih lagi berjaya mengekalkan identiti kemelayuan melalui penggunaan bahasa Melayu dan Jawi dalam urusan surat- menyurat, catatan-catatan rasmi dan dokumen rasmi. Dalam masa yang sama, identiti kemelayuan negeri Kedah terus diperkukuhkan melalui penguasaan orang Melayu dalam pentadbiran di peringkat pusat dan daerah. Katakunci: Identiti, Melayu, Pentadbiran, Kedah This paper looks at the Malay identity adopted in the Kedah administration following the 1923 Anglo-Kedah Treaty. Among the main articles in the Treaty revolved around the use of Malay and the Jawi script as the offcial language and script, as well as other articles directly related to administration in Kedah. The 1923 Treaty included a number of conditions introduced by Tunku Ibrahim Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol. 41 (1) (July 2014): 1-26 @ School of History, Politics & Strategy, UKM; ISSN 2180-0251 (electronic), 0126-5644 (paper) Jebat Volume 41 (1) (July 2014) Page | 1 brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UKM Journal Article Repository