Politeisme Menurut Deskripsi Al-Quran: Suatu Pembicaraan Historikal Polytheism According to Quranic Description: A Historical Discussion Khairulnazrin nasir ABSTRAK Lapangan bidang antropologi telah memperkenalkan istilah politeisme yang merujuk kepada kepercayaan dan penyembahan lebih daripada satu tuhan. Manusia sejak awal kewujudannya telah berinteraksi dengan alam, berasa kagum dengan beberapa jenis makhluk yang dianggap istimewa dan memiliki kuasa luar biasa. Keadaan ini mendorong segelintir manusia mempercayai politeisme, iaitu menyembah pelbagai tuhan di samping Allah SWT. Catatan sejarah menunjukkan bahawa politeisme telah lama wujud sebelum Nabi Muhammad SAW dibangkitkan. Persoalannya, bagaimanakah deskripsi al-Quran terhadap perkara tersebut? Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk membahaskan tentang deskripsi al-Quran terhadap politeisme, khususnya tentang sejarah, bentuk, faktor dan jenis-jenis politeisme. Jenis penelitian ini adalah berteraskan kajian kualitatif dengan mengaplikasikan metode analisis kandungan terhadap teks ayat-ayat al-Quran. Hasil kajian menunjukkan bahawa al-Quran mengandungi data sosio-historis tentang politeisme dalam umat-umat terdahulu, di samping kritikan terhadap segala bentuk penyembahan selain Allah SWT. Kesimpulannya, pembicaraan al-Quran bukan hanya tentang isu syariat, bahkan meliputi bidang antropologi dan sosiobudaya manusia sejagat. Kata kunci: al-Quran; politeisme; antropologi; sejarah; sosiobudaya ABSTRACT The feld of anthropology has introduced the term polytheism which refers to belief and worship of more than one god or deity. Man from the beginning of his existence has interacted with nature, admiring some beings they considered special and possessing extraordinary powers. This situation encourages some people to believe in polytheism, which is to worship various gods or deities in addition to Allah SWT. Historical records show that polytheism existed long before the time of Prophet Muhammad (pbuh). The question is, how does the Quran describe polytheism? Therefore, this paper aims to discuss the description of polytheism in the Quran, especially about the history, form, factors and types of polytheism. This is a qualitative research applying the method of content analysis to the text of Quranic verses. The results of the study show that the Quran contains socio-historical data on polytheism of past generations, in addition to criticism and prohibition of any form of worshipping gods and deities other than Allah SWT. In conclusion, the Quran discusses not only Shariah, but also covers the feld of anthropology and socio-cultural universals. Keywords: Quran; polytheism; anthropology; history; socio-cultural ISLĀMIYYĀT 42(3) 2021: 151 - 162 (https://doi.org/10.17576/islamiyyat-2021-4301-13) PENDAHULUAN Antropologi merupakan salah satu bidang dalam ilmu sosiologi, mengandungi kajian saintifk yang membincangkan tentang manusia, terutama yang berkaitan dengan asal usul manusia, sama ada daripada aspek perkembangan, adat resam, kebudayaan dan kepercayaan (Kamus Dewan 2004 dan Purcell 1998: 258). Antara perbincangan paling utama dalam antropologi ialah asal pembentukan agama dan kerangka kepercayaan serta ajarannya (Bowie, 2006, 31). Kini, meskipun manusia zaman moden kebanyakan menjauhkan diri daripada agama tradisional, namun masyarakat pasca-sekular (Barat) masih lagi peduli dengan aspek kerohanian, kebenaran, iktikad dan ketuhanan. Isu-su tersebut bersifat relatif. Alasan bersama ini mendedahkannya kepada kepelbagaian interpretasi dalam ajaran- ajaran agama (Cabrero 2018: 57). Justeru, dalam kepelbagaian itu, terdapat sejumlah agama-agama dunia yang dikategorikan sebagai agama politeisme atau polytheistic (Smith 1998: 269). Politeisme didefnisikan sebagai suatu bentuk kepercayaan bahawa adanya lebih daripada satu Tuhan (Kamus Dewan, 2004). Dalam erti kata lain, politeisme merujuk kepada pemujaan banyak tuhan seperti dewa-dewi, roh, atau arca yang dipuja di tempat-tempat ibadat, disertai dengan ritual dan