Vol. 10, No. 2 (2015) 016-028, ISSN: 1823-884x KEFAHAMAN TERHADAP ASPEK PENDEFINISIAN DAN CIRI UTAMA GOLONGAN HOMOSEKSUAL (Understanding the definition and main characteristics of homosexuals) Amran Hassan & Salleh Amat ABSTRAK Homoseksual merupakan gaya hidup yang menjadi pengamalan dalam masyarakat dunia dan Malaysia. Pembudayaan ini jelas melalui peranan media massa dan kesan globalisasi budaya yang sedikit sebanyak membuka ruang pengamalan kehidupan sebegini. Namun, pelbagai pandangan dan persepsi yang telah diberikan oleh masyarakat dalam membuat penilaian terhadap budaya hidup golongan homoseksual. Objektif kajian ini ialah untuk meninjau secara umum kefahaman golongan profesional terhadap pendefinisian homoseksual dan ciri-ciri khusus golongan ini di Malaysia berasaskan pemerhatian, pengalaman dan pandangan mereka. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kualitatif melalui temubual mendalam ke atas lapan (8) orang responden yang dipilih secara persampelan purposif. Mereka adalah golongan profesional sama ada kerajaan atau swasta yang sebahagiannya pernah terlibat mengendalikan kes-kes homoseksual melalui pengalaman dengan orang yang terdekat dengan mereka, dan berkawan rapat dengan golongan ini dalam kehidupan seharian. Kawasan kajian ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Selangor Darul Ehsan. Hasil kajian dianalisis secara kandungan (content analysis) dengan mengemukakan kalimat sebenar responden. Keputusan menunjukkan golongan profesional memahami pendefinisian dan ciri-ciri homoseksualiti sebagai golongan yang menyukai sesama jenis, dan telah mengemukakan aspek-aspek khusus dalam keadaan fizikal dan psikologi seseorang yang homoseksual. Kajian ini menyumbang kepada pengkayaan pengetahuan terhadap perbincangan isu homoseksual dan menjadi panduan kepada usaha-usaha pencegahan dan rawatan, di samping menjadi panduan kepada penyelidikan gender pada masa akan datang. Kata kunci: Gaya hidup, homoseksual, kefahaman, golongan profesional, Malaysia ABSTRACT Homosexuality as a lifestyle has become practice in Malaysian society as well as in other societies of the world. This lifestyle has become prominent due to the role of mass media, and also the cultural globalization, which increase the chances for people to expose and experience this way of life. Nevertheless, there are differences in opinion and perception given by the society towards evaluating the lifestyle adopted by homosexuals. The objective of this paper is to explore the understanding of Malaysian professionals on the definition of homosexual, and also the specific characteristics of Malaysian homosexuals based on the professionals’ observation, experience and view towards this group. This study facilitates qualitative research design using in-depth interviews on eight (8)