Journal of Contemporary Islamic Law, (2020) Vol. 5(1): 9-15 e-ISSN: 0127-788X 9 IMPLIKASI PINDAAN AKTA 164 TERHADAP PERKAHWINAN DAN HARTA PUSAKA MUALAF The Implications of The Amendment of Act 164 to Marriage and Inheritance Property of Convert RINA FAKHIZAN MOHD SUKRI, Universiti Kebangsaan Malaysia ZULIZA MOHD KUSRIN, Universiti Kebangsaan Malaysia MOHD ZAMRO MUDA, Universiti Kebangsaan Malaysia Received: March 2, 2020 Accepted: April 16, 2020 Online Published: June 15, 2020 URL: http://www.ukm.my/jcil ABSTRAK Pemelukan agama Islam oleh salah satu pihak, suami atau isteri perkahwinan sivil, lazimnya menimbulkan implikasi perundangan sama ada mengenai diri mualaf atau terhadap ahli keluarga. Isu berbangkit melibatkan pasangan daripada perkahwinan sivil, apabila salah seorang daripadanya memeluk agama Islam, antaranya ialah pembubaran perkahwinan, dan perwarisan serta pembahagian harta perkahwinan. Justeru, penulisan ini akan membincangkan pindaan terkini ke atas Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164 yang melibatkan pasangan perkahwinan sivil yang memeluk Islam. Objektif penulisan ini ialah menilai implikasi pindaan Akta 164 terhadap permohonan pembubaran perkahwinan dan perwarisan serta pembahagian harta antara pasangan mualaf dan pasangan yang kekal sebagai non-muslim. Penulisan menghurai secara kualitatif data-data yang dikumpul menggunakan analisa deskriptif dan dipersembahkan mengikut tema- tema yang sesuai. Analisis Data mendapati sebelum pindaan Akta 164 diluluskan, terdapat kes di mana harta pusaka mualaf diberikan kepada pasangannya yang tidak memeluk agama Islam. Ini kerana perkahwinan sivil mereka kekal dan sah dari sudut perundangan sivil dan tidak terbubar disebabkan pengislaman pasangannya. Seksyen 51 Akta 164 telah dipinda pada tahun 2017, namun sehingga kini masih belum terdapat kes-kes yang berkaitan. Namun, pindaan membolehkan perkahwinan sivil dibubarkan kerana hak diberi kepada pihak yang tidak memeluk Islam serta mualaf untuk memohon membubarkan perkahwinan sivil mereka. Kajian ini merumuskan bahawa selepas berlaku pindaan terhadap Akta 164, isu pembubaran perkahwinan sivil dapat diselesaikan termasuk juga isu pewarisan bagi pihak yang memeluk agama Islam. Pindaan ini secara langsung memudahkan kedua-dua pihak meyelesaikan isu pembahagian harta pusaka. Sekiranya perkahwinan telah terbubar secara langsung harta pusaka tidak akan dapat diwarisi oleh pihak yang tidak memeluk agama Islam dan pembahagian harta pusaka boleh dibahagikan kepada pihak yang layak untuk menerima. Sekiranya pihak yang memeluk agama Islam tidak mempunyai waris yang beragama Islam, harta pusaka tersebut akan diberikan kepada baitulmal. Kata Kunci: Pindaan Akta 164, mualaf, pewarisan, perkahwinan, Malaysia ABSTRACT Conversion to Islam by one of the spouses in civil marriages, either by husband or wife, often raises legal implications to the new convert or his family members. Such issues concerns are dissolution of marriage, inheritance of property and division of matrimonial property between them. Thus, the objective of this article is to discuss on the recent amendment of Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 or Act 164 involving the converts. The objective of this article is to discusses on the legal implication of the amendment of Act 164 towards petition of dissolution of marriage, inheritance and division of matrimonial property, between the convert and his non-Muslim spouse. This is a qualitative research, where data collected are analysed descriptively and presented according to its relevant theme. The research discovers that before the amendment of the Act 164, there were decided cases that awarded Muslim’s covert property to the non-Muslim spouse. This is because a civil marriage does not automatically dissolve solely due to the conversion of his or her spouse. Since the amendment of section 51 of the Act 164 is in 2017, it is still early to evaluate on the effectiveness of the amendment. The research concludes that the amendment gives rights to both parties to apply for petition of divorce. The amendment of the Act 164 also provides that division of matrimonial property is given to Muslim’s legal heirs and if there are not any, it will be given to the Baitulmal. However, the amendment has given the jurisdiction to the civil courts to adjudicate the case based on civil law that impliedly has decreased the Sharia’s Court jurisdiction. Keywords: amendment of Act 164, mualaf, inheritance, marriage, Malaysia