Volume 3 Issue 9 (December 2021) PP. 25-32 DOI: 10.35631/IRJSMI.39004 Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 25 INTERNATIONAL RESEARCH JOURNAL OF SHARIAH, MUAMALAT AND ISLAM (IRJSMI) www.irjsmi.com KESAN KARYA ANWAR AL-TANZIL WA ASRAR AL-TAKWIL TERHADAP PENULISAN TEKS TAFSIR NUR AL-IHSAN: SATU PENDEDAHAN THE EFFECT OF ANWAR AL-TANZIL WA ASRAR AL-TAKWIL'S WORK ON THE WRITING OF TAFSIR NUR AL-IHSAN TEXT: A DISCLOSURE Mohd Sholeh Sheh Yusuff 1* , Yusuf Haji Othman 2 , Tengku Zawani Tengku Zawawi 3 1 Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah (UniSHAMS), Malaysia Email: mohdsholeh@unishams.edu.my 2 Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah (UniSHAMS), Malaysia Email: dryusufhajiothman@unishams.edu.my 3 Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah (UniSHAMS), Malaysia Email: zawani@unishams.edu.my * Corresponding Author Article Info: Article history: Received date: 28.11.2021 Revised date: 16.12.2021 Accepted date: 21.12.2021 Published date: 30.12.2021 To cite this document: Yusuff, M. S. S., Haji Othman, Y., & Tengku Zawawi, T. Z. (2021). Kesan Karya Anwar Al-Tanzil Wa Asrar Al- Takwil Terhadap Penulisan Teks Tafsir Nur Al-Ihsan: Satu Pendedahan. International Research of Shariah, Muamalat and Islam, 3 (9), 25-32. DOI: 10.35631/IRJSMI.39004. This work is licensed under CC BY 4.0 Abstrak: Para ulama Melayu Nusantara telah bergiat cergas dalam menghasilkan karya dalam pelbagai bidang pengajian Islam. Bidang-bidang tersebut seperti akidah, tasawuf dan tafsir al-Quran. Salah satu karya yang ditulis dalam bidang tafsir al-Quran tersebut ialah Tafsir Nur al-Ihsan yang dihasilkan oleh Umar, M. S. Karya ini menjadi rujukan secara meluas oleh masyarakat dalam memahami isi kandungan al-Quran. Walaupun begitu, hasil tinjauan pengkaji didapati terdapat pengkaji terdahulu yang berpendapat bahawa pengarang karya ini tidak menggunakan sumber-sumber rujukan yang muktabar ketika menghuraikan fakta-fakta berkaitan al-Quran, sedangkan bacaan awal didapati pengarang sebenarnya tidak menggunakan pendapatnya sendiri ketika mentafsirkan al-Quran dalam karyanya itu, bahkan banyak karya-karya rujukan muktabar yang beliau rujuk. Oleh sebab karya ini masih dirujuk oleh masyarakat maka satu usaha pemurnian harus dilakukan. Oleh itu, objektif utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji dan mengesan sumber-sumber rujukan yang digunakan oleh Umar, M. S. dalam Tafsir Nur al-Ihsan, di samping pengkaji mendedahkan bagaimana rujukan-rujukan tersebut diolah olehnya menggunakan pendekatan genetik yang diperkenalkan oleh Goldman. Menerusi pendekatan ini, semua sumber rujukan yang digunakan daripada karya Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Takwil oleh al-Baydawi, A. U. didedahkan. Kajian memperlihatkan bahawa pengarang Tafsir Nur al-Ihsan telah mengambil lima pendekatan ketika mengolah teks dari karya yang beliau rujuk