Analisa Perang, 24 Disember 2023. Bibit-Bibit Kekalahan Israel Dalam Perang Taufan Al-Aqsa Oleh: Syed Ahmad Fathi (fathi137@gmail.com) Artikel ini merupakan siri artikel yang bertujuan untuk merekodkan situasi perang antara Israel dan pejuang kemerdekaan Palestin yang bermula pada 07 Oktober 2023. Perang yang bermula pada bulan Oktober 2023 ini digelar sebagai “Taufan Al-Aqsa” oleh pejuang kemerdekaan Palestin manakala pasukan penjajah zionis Israel memanggil operasi mereka sebagai “Operation Iron Swords”. Antara tulisan pertama saya dalam siri ini adalah sebuah transkrip perihal pandangan John Mearsheimer, yang merupakan seorang professor sains politik berfahaman realis, bahawa Israel tidak mungkin akan berjaya menghapuskan Hamas. 1 Kedua adalah transkrip kepada apa yang dibicarakan oleh Josh Paul yang merupakan bekas pengarah dalam kerajaan Amerika Syarikat bagi bantuan persenjataan untuk negara luar. Josh Paul meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan polisi Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Israel. 2 Kedua-dua artikel transkrip ini dihasilkan pada permulaan perang pada bulan Oktober 2023. Apabila perang berkembang, saya telah melakukan kajian lanjutan dengan mengkaji kesan perang ini bagi Israel pada hubungan diplomatiknya dengan negara-negara lain. Kajian pada bulan November 2023 ini memperincikan negara-negara yang telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai tanda protes terhadap kekejaman perang yang dilakukan. 3 Akhir sekali, satu kajian tinjauan telah dilakukan pada awal Disember 2023 untuk melihat bagaimana perang ini mengubah dinamik politik domestik di Amerika Syarikat. Analisis ini penting kerana tanpa bantuan Amerika Syarikat, Israel tidak mampu melancarkan jenayah perangnya. 4 Bukti-Bukti Kekalahan Israel Menuju akhir Disember 2023, satu artikel penting telah diterbitkan oleh akhbar The Guardian hasil tulisan Paul Rogers yang merupakan profesor emeritus dalam kajian keamanan di Universiti Bradford. 5 Rogers berpandangan bahawa Israel sedang menghadapi kekalahan teruk walaupun kerajaan Netanyahu tidak mahu mengakuinya. Apakah buktinya? 1 Syed Ahmad Fathi. “Israel Tidak Mungkin Akan Berjaya Menghapuskan Hamas Melalui Perang Darat Menurut John Mearsheimer.” Isu Semasa, 2023. 2 Syed Ahmad Fathi. “Josh Paul Meletakkan Jawatan Kerana Tidak Mahu Amerika Syarikat Menghantar Senjata Ke Israel Bagi Membunuh Rakyat Gaza.” Isu Semasa, 2023. 3 Syed Ahmad Fathi. “Kesan Jenayah Yang Dilakukan Oleh Israel Pada Perang Oktober 2023 Di Gaza Terhadap Hubungan Diplomatiknya Dengan Negara-Negara Lain.” Kajian Hubungan Antarabangsa, 2023. 4 Syed Ahmad Fathi. “Kesan Perang Pembersihan Etnik Di Gaza Pada Oktober 2023 Terhadap Sokongan Kepada Israel Dalam Politik Domestik Di Amerika Syarikat.” Kajian Hubungan Antarabangsa, 2023. 5 Paul Rogers. “Israel is losing the war against Hamas – but Netanyahu and his government will never admit it”. The Guardian, 21 Disember 2023. Pautan: https://www.theguardian.com/commentisfree/2023/dec/21/israel-losing-war-against-hamas- netanyahu-idf