JURNAL PENDIDKAN BITARA UPSI Vol. 13 No. 2 (2020) / ISSN 1394 -7176 (38-47) 38 Buli siber dalam kalangan murid sekolah menengah di daerah Samarahan, Sarawak Yatiman Karsodikromo 1 , Mohd Razimi Husin 2 , Abdul Rahim Razali 3 & Hazalizah Hamzah 4 1234 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia. wakyatiman67@gmail.com DOI: https://doi.org/10.37134/bitara.vol13.2.4.2020 Received: 23 February 2020; Accepted: 07 August 2020; Published: 17 September 2020 Cite this paper (APA): Karsodikromo, Y., Husin, M. R., Razali, A. R., & Hamzah, H. (2020). Buli siber dalam kalangan murid sekolah menengah di daerah Samarahan, Sarawak. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 13(2), 38-47. https://doi.org/10.37134/bitara.vol13.2.4.2020 Abstrak Kajian ini bertujuan mengenal pasti ciri-ciri buli siber dalam kalangan murid di Daerah Samarahan,Sarawak Tujuh jenis buli siber dalam kajian ini ialah buli siber melalui mesej teks, gambar atau klip video, panggilan telefon, email, bilik smebang, mesej segera dan laman web. Data diperoleh melalui pensampelan bertujuan melibatkan 322 orang murid tingkatan empat di semua sekolah menengah di Daerah Samarahan, Sarawak. Rekabentuk kajian tinjauan menggunakan soal selidik Cyberbullying Questionnaire (CBQ). Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (IBM-SPSS) versi ke-23. Keputusan kajian menunjukkan lebih separuh daripada responden pernah menjadi mangsa buli siber iaitu 61.8% (n = 199) berbanding yang tidak dibuli sebanyak 38.2% (n = 123). Dapatan kajian turut mengemukakan ciri-ciri buli siber bagi pemahaman yang lebih kukuh. KKajian ini mencadangkan pihak sekolah, ibu bapa, guru dan rakan sebaya agar memahami ciri-ciri buli siber yang berlaku dalam kalangan murid. Kata kunci : Buli Siber, Kemurungan, Kebimbangan, Tekanan. Abstract This study aimed to identify the characteristics of cyberbullying among students in Samarahan District. The seven types of cyber bullying in this study were cyber bullying via text message, picture or video clip, phone call, email, chat room, instant message and website. The data were obtained through sampling aimed at 322 fourth grade students in all secondary schools in Samarahan District, Sarawak. Design a survey using the Cyberbullying Questionnaire (CBQ). Data were analyzed using the 23rd Statistical Package for Social Sciences (IBM-SPSS). The results showed that more than half of the respondents had been victims of cyberbullying of 61.8% (n = 199) compared to those who had not been bullied by 38.2% (n = 123). The findings also provide the characteristics of cyberbullying for a stronger understanding. This paper proposes that schools, parents, teachers and peers understand the nature of cyberbullying among students. Keywords: Cyberbullying, Depression, Anxiety, Stress PENGENALAN Kemajuan dunia teknologi telah membawa kepada perubahan dalam hubungan sosial remaja. Perkembangan penggunaan internet melalui medium komputer dan telefon pintar memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat hanya di hujung jari. Menurut laporan Internet Live Stats,