Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar Teknikal Semasa Menjalani Latihan Mengajar Adibah Binti Abdul Latif & Syarina Binti Ramli Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan bahasa Inggeris oleh pelajar (SPA, SPE, SPJ) semasa Latihan Mengajar. Kajian ini memfokuskan kepada tiga aspek utama iaitu pembacaan, penulisan dan pertuturan. Seramai 95 orang (N=95) pelajar tahun tiga dan tahun empat iaitu SPA, SPE dan SPJ yang telah selesai menjalani Latihan Mengajar dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Item-item soal selidik yang dibina telah disemak oleh tiga orang pensyarah yang pakar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Jabatan Pendidikan Asas dan Jabatan Bahasa Moden berdasarkan prinsip kesahan gagasan. Kajian rintis turut dilakukan bertujuan untuk menentukan kebolehpercayaan item soal selidik. Statistik deskriptif dan kolerasi digunakan untuk menganalisis data. Pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen ialah 0.881. Analisis data dibuat menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences versi 16.0 (SPSS 16.0) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, korelasi dan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam pembacaan (min = 3.43), penulisan (min = 3.57), dan pertuturan (min = 3.52) berada pada tahap sederhana. Ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam Latihan Mengajar dengan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam pembacaan pada aras signifikan 0.05. Manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam Latihan Mengajar bagi tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam penulisan dan pertuturan. Bagi ujian-t pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam pembacaan, penulisan dan pertuturan merentasi jantina bagi pelajar (SPA,SPE,SPJ). Katakunci : penguasaan Bahasa Inggeris, latihan mengajar Pengenalan Bahasa mempunyai fungsi yang sangat luas dalam pembangunan sesebuah tamadun. Begitu juga bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, ianya bukan sekadar wahana komunikasi sahaja , malah ia juga digunakan untuk mengungkapkan mengenai pemikiran, idealisme, gagasan minda, nilai dan budaya. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang ditubuhkan untuk membangunkan dan mengembangkan lagi bahasa Melayu merasa terlalu berat apabila melihat perkembangan di sector swasta yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar semakin berleluasa . DBP juga menyedari dan memahami kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubungan antarabangsa terutama sebagai bahasa ilmu dan ekonomi. Menurut Kamaruddin (1994), guru yang mempunyai pengetahuan bahasa yang tinggi sahaja yang mampu bercakap dan meyakinkan pelajar mereka dengan baik dan berkesan. Manakala menurut August dan Hakuta (1997), penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar dapat membantu pelajar menguasai isi kandungan bidang-bidang pelajaran dan seterusnya dapat menguasai bahasa Inggeris dan kemahiran. Bermula pada tahun 2003, pihak kerajaan telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris secara berperingkat bagi pelajar Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Bawah dan semua guru terlibat termasuk guru pelatih. Soalan peperiksaan pula menggunakan dwibahasa. Seterusnya penggunaan bahasa brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository