135 Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN) International Journal of The Malay Letters Jilid 6/Jan/2018, 135-170 ISSN:2289-5000 KONSEP TAKDIR DALAM TEKS SULALATUS SALATIN MELALUI PERANAN PENGARANG ISTANA FATE CONCEPT IN THE TEXT OF SULALATUS SALATIN BASED ON THE ROLE OF CASTLE’S AUTHOR Nor Anita Binti Mat Isa Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia noranita_ss@yahoo.com ABSTRAK Teks Sulalatus Salatin jelas sekali merupakan satu dokumentasi budaya dalam bentuk sastera sejarah yang sarat dengan pelbagai peristiwa takdir sejak zaman pra-Melaka sehinggalah kewujudan Melaka sebagai sebuah negara Islam. Objektif utama makalah ini adalah untuk mengenal pasti definisi konsep takdir dari sudut agama dan sudut bahasa. Manakala objektif kedua, ialah menjelaskan jenis-jenis takdir dan contoh-contoh peristiwa dalam konteks penulisan Sulalatus Salatin. Kepelbagaian takdir yang berlaku sama ada baik atau buruk terhadap sesebuah masyarakat Melayu tradisi telah memberi kesempatan kepada pengarang istana untuk menyampaikan tarbiah, dan ibrah kepada masyarakatnya. Metodologi kajian menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan teks secara deskriptif. Melalui kajian ini, ternyata kebanyakan peristiwa takdir yang terkandung dalam teks Sulalatus Salatin ini mempunyai hubungan rapat dengan pendekatan keagamaan dan ketakmilahan yang menggesa umatnya melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam memastikan kemakmuran sesebuah negara itu. Kebijaksanaan pengarang istana dalam mengolah penceritaan teks Sulalatus Salatin jelas meninggalkan impak positif kepada penyelidikan ini Persatuan Penulis Budiman Malaysia Budiman Writers Association of Malaysia brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by RUMPUN (E-Journal)