Conference Proceedings ICSED2016 443 HUBUNGAN KEPUASAN KERJA KE ATAS KEINGINAN UNTUK BERHENTI KERJA DALAM KALANGAN ANGGOTA POLIS PANGKAT RENDAH, IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN (IPK) PERLIS Suhailah Mansor a* , Najib Ahmad Marzuki b , Nurul Atiqah Ab Raji a , Anis-Farahwahida M.K. a a School of Social and Economic Development Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia b College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia, Malaysia *Corresponding Email: suhailah.mansor@umt.edu.my ABSTRAK Tugas-tugas kepolisan yang semakin mencabar di lihat mampu menganggu tahap kepuasan kerja dalam kalangan anggota polis. Situasi ini jika tidak ditangani dengan baik boleh mengakibatkan peningkatan dalam keinginan untuk berhenti kerja dalam kalangan anggota polis. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara kepuasan kerja dan keinginan untuk berhenti kerja dalam kalangan anggota polis pangkat rendah di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Perlis. Seramai 244 orang anggota polis pangkat rendah telah di pilih dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 21.0. Dalam kajian ini, kepuasan kerja diukur dengan menggunakan Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ) manakala keinginan untuk berhenti kerja telah diukur dengan menggunakan Turnover Intention Scale Response. Dapatan kajian menunjukkan kepuasan kerja intrinsik, ektrinsik dan umum mempunyai hubungan negatif yang signifikan ke atas keinginan untuk berhenti kerja. Oleh itu, hipotesis kajian yang menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kepuasan kerja intrinsik, ektrinsik, dan umum terhadap keinginan untuk berhenti kerja ditolak. Kata Kunci: Kepuasan Kerja, Keinginan Untuk Berhenti Kerja, Polis, Organisasi, Malaysia PENGENALAN Tugas dan peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengekalkan keharmonian dan menjaga keamanan negara dilihat semakin kompleks apabila perlu berdepan dengan pelbagai cabaran (Berita Harian Online, 2015). brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UUM Repository