43 OCTOBER 2018 | VOL. 14| NO. 1 ISSN: 2232-1047 eISSN: 0127-8886 www.jfatwa.usim.edu.my Analisis Perbandingan Fatwa Malaysia dan Indonesia: Kajian Terhadap Isu-Isu Halal yang Terpilih Rule of Current Paper Money: an Analysis from Shariah Perspective Norhidayah Pauzi i , Saadan Man ii & Syed Mohd. Jeffri Bin Syed Jaafar iii i Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, da_my85@um.edu.my ii Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, saadan@um.edu.my iii Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, syefjeffri89@um.edu.my Article Progress Received:19 September 2018 Revised:20 October 2018 Accepted: 2 November 2018 Abstrak Dalam penentuan hukum Islam, terdapat dua prinsip utama yang digunakan iaitu ‘al-thabit’ dan ‘al-mutaghayyir’. Dengan adanya prinsip ‘al-thabit’ dan ‘al- mutaghayyir’ membuktikan Islam sesuai dipraktikkan pada setiap masa dan keadaan kerana Islam menerima sebarang perubahan atau perbezaan yang berlaku dalam masyarakat selagi mana ia tidak melanggar prinsip-prinsip asas Islam. Perbezaan keputusan fatwa yang dikeluarkan di antara Malaysia dan Indonesia telah menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat Islam. Justeru, artikel ini akan menganalisis secara perbandingan fatwa yang telah diputuskan di antara Malaysia dan Indonesia terhadap beberapa isu halal yang terpilih. Metode dokumentasi dan metode temu bual telah digunakan untuk mendapatkan data-data yang sahih dan berautoriti. Dapatan kajian menunjukkan Malaysia masih terikat dengan pengamalan Mazhab Syafii dalam penentuan hukum terhadap produk halal. Abstract In the determination of Islamic law, there are two main principles used namely 'al-thabit' and 'al-mutaghayyir'. With the principle of 'al-thabit' and 'al-mutaghayyir' proves that Islam is practiced at all times and circumstances as Islam accepts any changes or differences that occur in society as long as it does not violate the fundamental principles of Islam. The difference in fatwa decisions issued between Malaysia and Indonesia has caused polemic among Muslims. Hence, this article will analyze the fatwas that have been decided between Malaysia and Indonesia on certain selected halal issues. Methods of documentation and interview methods have been used to obtain authentic and authoritative data. The findings show that Malaysia is still bound by the practice of Syafii Madhhab in determining the law on halal products. In contrast to Indonesia that is open to accepting views other than the Shafii Madhhab in determining the law besides taking different uruf and maslahah in both countries.