MALIKE Brahim MOHD. FO’AD Sakdan Universiti Utara Malaysia MUSLIZA Mohamad Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah PERANAN WAKIL RAKYAT DALAM PARTI POLITIK: ISU DAN CABARAN ROLES OF REPRESENTATIVES IN POLITICAL PARTIES: ISSUES AND CHALLENGES Semua wakil rakyat di Malaysia mewakili parti politik tertentu dalam dewan perundangan. Sebagai pemimpin komuniti, negeri dan kebangsaan, wakil rakyat mempunyai peranan penting kepada parti yang diwakilinya dan masyarakat Malaysia. Namun, wujud pelbagai isu dan masalah dalam parti yang boleh menjejaskan pencapaian dan prestasi parti dalam pilihan raya. Wakil rakyat mempunyai tanggungjawab besar dalam menyelesaikan konfik dalaman dan berkemampuan untuk membawa kejayaan kepada parti yang dipimpinnya. Berhubung perkara tersebut, suatu kajian tinjauan telah dijalankan menggunakan soal selidik untuk mendapat maklumbalas daripada responden. Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan melibatkan ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Hasil kajian mendapati masalah yang berlaku dalam parti adalah disebabkan oleh persaingan jawatan parti yang cenderung membawa kepada isu politik wang dan konfik kepimpinan. Wakil rakyat juga menghadapi masalah apabila ada segelintir ahli dan wakil rakyat bertindak keluar parti, di samping saingan sengit daripada parti lawan. Sebagai pemimpin parti, wakil rakyat mempunyai tanggungjawab yang besar kepada parti seperti yang disarankan oleh Stilborn (2002) untuk menangani cabaran-cabaran tersebut. Jika isu dan masalah tersebut gagal ditangani, ia boleh membawa kesan buruk kepada parti dan wakil rakyat itu sendiri dalam pilihan raya akan datang. Jadi, kemampuan menyelesaikan isu dan cabaran dalam parti menunjukkan kualiti dan kemahiran kepimpinan yang dimiliki wakil rakyat. Katakunci: wakil rakyat, kepimpinan, parti politik All elected representatives in Malaysia represent a particular political party in the legislative assembly. As community, state and national leaders, political representatives have important commitments to the political party he or she represents, and an important role in Malaysian society. However, many issues and problems can occur in political parties that affect that party’s achievements Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategy, Vol. 40 (1) (July 2013): 91-115 @ School of History, Politics & Strategy, UKM; ISSN 2180-0251 (electronic), 0126-5644 (paper) Jebat Volume 40 (1) (July 2013) Page | 91