2 HUBUNGAN KEPERLUAN PELAJAR, IKLIM BILIK DARJAH, MATLAMAT SEKOLAH DENGAN PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN GURU TINGKATAN ENAM Mokhtar bin Pet, Ahmad Johari Hj Sihes ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan keperluan pelajar, iklim bilik darjah, matlamat sekolah dalam mempengaruhi domain pemikiran pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) guru tingkatan enam. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan disokong dengan pendekatan kualitatif melalui temu bual. Guru tingkatan enam (GT6) yang terlibat sebagai responden merupakan guru yang mengajar di sekolah tingkatan enam negeri Johor. Persoalan kajian ini ialah (a) Bagaimanakah pemikiran guru tingkatan enam terhadap keperluan faktor luaran guru iaitu keperluan pelajar, iklim bilik dan darjah, matlamat sekolah? (b) Bagaimanakah domain pemikiran PPIK GT6? dan (c) Adakah terdapat hubungan diantara keperluan pelajar, iklim bilik darjah, matlamat sekolah dengan domain pemikiran PPIK GT6? Statistik deskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk menganalisis data kuantitatif dan analisis kandungan digunakan bagi menganalisis data kualitatif. Dapatan kajian ini menunjukkan faktor keperluan pelajar merupakan faktor yang terpenting yang mempengaruhi domain pemikiran PPIK GT6. Bagi faktor keperluan pelajar, aspek motivasi pelajar yang terpenting iaitu dengan nilai min 4.80. Domain pemikiran PPIK iaitu aspek penguasaan isi kandungan dan kaedah mengajar mengikut topik yang terpenting dengan nilai min 4.60. Hubungan antara domain PPIK GT6 dengan faktor luaran guru adalah signifikan secara positif dalam tahap yang lemah iaitu iklim bilik darjah dengan pekali korelasi pearson bernilai 0.459, keperluan pelajar bernilai 0.443 dan matlamat sekolah bernilai 0.442. Kajian ini memberi maklumat kepada pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mertabatkan pendidikan tingkatan enam terutama memberi motivasi kepada pelajar dan meningkatkan pengetahuan isi kandungan dan penguasaan pedagogi kepada GT6. KATA KUNCI: Domain Pemikiran, Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan, Keperluan Pelajar, Iklim Bilik Darjah, Matlamat Sekolah. 1.0 PENGENALAN Tingkatan enam merupakan satu kesinambungan pembelajaran bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta boleh menjadi satu pilihan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pra universiti. Pengajaran tingkatan enam dilakukan oleh tiga katogeri guru tingkatan enam (GT6) iaitu guru cemerlang yang mengajar mata pelajaran yang ditawarkan dalam tingkatan enam, guru akademik tingkatan enam dan guru penolong (guru yang mengajar peringkat pendidikan menengah). Kementerian Pendidikan Malaysia (2012) mengambil langkah untuk mentransformasi tingkatan enam selari dengan pendidikan pra universiti yang lain. Trend penawaran pelajar melanjutkan pelajaran tingkatan enam semakin meningkat oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan usaha KPM untuk mertabatkan pendidikan tingkatan enam sebagai laluan perdana ke pusat pengajian tinggi. Berdasarkan Buku Laporan Tahunan daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) daripada tahun 2007 hingga 2013 terdapat kurang 50% pelajar mengambil peperiksaan gagal mendapat kelulusan penuh (prinspal) sekurang-kurang empat mata pelajaran di sekolah kerajaan. MPM (2012) dalam usaha meningkatkan kualiti pentaksiran pelajar mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah menukarkan format pentaksiran daripada sistem terminal kepada sistem pentaksiran penggal bermula tahun 2013. Melalui pentaksiran baharu ini pelajar akan dinilai berdasarkan peperiksaan selama tiga penggal dan kerja kursus. Perubahan format pentaksiran ini memberi tanggungjawab besar GT6 menerima perubahan dalam usaha mentransfomasikan tingkatan enam sesuai dengan pendidikan lepasan menengah iaitu menggunakan kaedah kuliah, kuliah-perbincangan, tutorial dan projek (Abdull Sukor Shaari, 2011; Kauchak, D., & Eggen, P., 2011; Kamarudin, 1990). Guru yang mengajar tingkatan enam sewajarnya menggunakan kaedah yang berbeza untuk membangunkan intelek pelajar tingkatan enam. Pendekatan pengajaran inovatif juga dapat mengubah kepada pengajaran yang menarik dan sesuai selaras dengan penekanan Stodolsky dan Grossman (2000) mendapati bahawa guru-guru perlu membuat perubahan dalam pendekatan pengajaran mereka bagi menghadapi perubahan pelajar. ini bersesuaian dengan pandangan Pascarella (2005) iaitu menekankan tentang brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository