BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences
Volume 2, Issue 2, 2019
29
Tahap Pengetahuan Masyarakat Terhadap
Tarekat di Negeri Sembilan
Muhammad Asyraf Mohd Azlin & Faudzinaim Badaruddin
1
Abstrak
Tarekat merupakan satu institusi yang berasaskan ilmu tasawuf. Negeri Sembilan dilihat sebuah negeri
yang terhadapan mengenai institusi tarekat. Perkembangan positif institusi tarekat yang ditunjukkan
di negeri tersebut disebabkan beberapa faktor, antaranya peranan pihak berautoriti iaitu Jabatan
Mufti Negeri Sembilan dalam menjaga dan melindungi institusi ini serta tanggungjawab kumpulan
tarekat itu sendiri dalam memelihara institusi tarekat. Hal ini kerana respons yang ditunjukkan
terhadap beberapa isu mengenai institusi ini sehingga institusi tarekat dianggap sesat dan
menyeleweng. Justeru, kajian ini adalah untuk melihat tahap sebenar pengetahuan masyarakat
terhadap tarekat. Kajian ini juga mampu menjawab kepada persoalan berbentuk pengetahuan umum
masyarakat mengenai tarekat hasil daripada perkembangan yang telah ditunjukkan di Negeri
Sembilan. Kajian ini dilakukan dengan kaedah kuantitatif secara numeric melalui bantuan Statistical
Package for Social Science (SPSS). Negeri Sembilan telah pun dipilih sebagai lokasi kajian berdasarkan
perkembangan tarekat di negeri tersebut. Soal selidik dirangka bagi mencari tahap sebenar
pengetahuan masyarakat Islam di Negeri Sembilan terhadap tarekat. Seramai 384 orang responden
yang terdiri daripada pelbagai umur dan jantina dianalisis datanya. Hasil kajian mendapati bahawa
masyarakat Negeri Sembilan mempunyai asas pengetahuan Tarekat yang tinggi dengan capaian min
sebanyak 4.05. Perkara ini menunjukkan bahawa masyarakat Islam Negeri Sembilan mempunyai
pengetahuan yang jelas mengenai institusi tarekat.
Kata Kunci
Institusi tarekat, masyarakat Negeri Sembilan
Cite This Article:
Muhammad Asyraf Mohd Azlin & Faudzinaim Badaruddin. 2019. Tahap pengetahuan masyarakat terhadap tarekat
di Negeri Sembilan. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 2(2): 029-036.
Pengenalan
Ilmu tasawuf telah di institusikan dalam bentuk pengajaran tarekat seawal pada abad ketiga
yang bertujuan membina ketakwaan dalam diri manusia, walaupun hakikatnya telah wujud
sejak zaman awal Islam sebagai salah satu wadah menghayati ajaran Islam (Faudzinaim, 2016).
Seperti mana rintangan dan cabaran perkembangan ilmu-ilmu yang lain, ilmu tasawuf turut
mengalami fasa mundur dan maju dalam perkembangannya disebabkan beberapa faktor yang
tertentu seperti tentangan, persepsi dan reaksi yang diberikan oleh pelbagai golongan. Begitu
1
Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia.
Corresponding Author:
Faudzinaim Badaruddin, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia.
E-mail: fnaim@ukm.edu.my
Article
BITARA
Volume 2, Issue 2, 2019: 029-036
© The Author(s) 2019
e-ISSN: 2600-9080
http://www.bitarajournal.com
BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences