Volume 5 Issue 18 (September 2022) PP. 16-29
DOI 10.35631/IJHAM.518002
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved
16
INTERNATIONAL JOURNAL OF
HERITAGE, ART AND MULTIMEDIA
(IJHAM)
www.ijham.com
PEMBENTUKAN STRUKTUR PLOT FILEM MUZIKAL
MAGIKA 2010 MELALUI CIRI DAN FUNGSI LAGU DALAM
ELEMEN NARATIF TODOROV
FORMATION OF THE PLOT STRUCTURE OF MAGIKA 2010 MUSICAL FILM
THROUGH CHARACTERISTICS AND FUNCTIONS OF SONGS IN TODOROV'S
NARRATIVE ELEMENTS
Faezahnor Saddi
1
, Zairul Anwar Dawam
2
, Fazmi Hisham
3
1
Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: hellofaezahs@gmail.com
2
Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: zanuar@ums.edu.my
3
Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: mfazmi@ums.edu.my
*
Corresponding Author
Article Info:
Article history:
Received date: 20.07.2022
Revised date: 30.07. 2022
Accepted date: 09.08.2022
Published date: 01.09.2022
To cite this document:
Saddi, F., Dawan, Z. A., & Hisham, F.
(2022). Pembentukan struktur plot
filem muzikal Magika 2010 melalui
ciri dan fungsi lagu dalam elemen
naratif Todorov. International
Journal of Heritage, Art and
Multimedia, 5 (18), 16-29.
DOI: 10.35631/IJHAM.518002.
This work is licensed under CC BY 4.0
Abstrak:
Genre filem muzikal merupakan bentuk filem hiburan yang dipandu dalam
bentuk nyanyian dan diiringi oleh muzik diagetik dan non diagetik yang
membentuk struktur plot sesebuah cerita. Setiap lagu yang dinyanyikan
berfungsi dalam menggerakkan plot cerita agar ia mudah difahami dan diterima
oleh audiens yang menonton. Namun, kesukaran dalam mendalami dan
memahami terhadap susunan muzikal pada que plot naratif akan menyebabkan
naratif plot tidak menarik dan membosankan. Oleh yang demikian, untuk
memahami pembentukan struktur plot melalui ciri dan fungsi lagu, pengkaji
telah mengaplikasikan elemen naratif Todorov kepada 2 buah lagu dari filem
muzikal Magika (2010) sebagai analisis kajian kes. Pemilihan filem Magika
adalah berdasarkan pencapaian filem yang telah merangkul anugerah sebagai
filem terbaik dan skor muzik asal terbaik di Festival Filem Malaysia yang ke-
23. Metod kajian dijalankan melalui temubual secara berperingkat dengan
menemubual beberapa pengarah filem dan composer, catatan dan pemerhatian
karya filem Magika (2010). Kemudian kajian analisis juga dilakukan dengan
menggunakan teori Conceptual Integration Networks dalam mengkaji makna
lirik. Hasil kepada pembaharuan kajian, pengkaji mendapati pembentukan
naratif plot filem muzikal Magika adalah disebabkan lagu-lagu yang
dinyanyikan oleh kesemua watak-watak yang terbina daripada elemen lagu dan
struktur plot melalui teori naratif Todorov. Hasil daripada kajian ini juga, turut