Volume 5 Issue 2 2016 e-Academia Journal UiTMT (http://journale-academiauitmt.edu.my/) 39 PENGARUH LAVENDER DI DALAM KOMUNIKASI SOSIAL DAN KANDUNGAN SEBATIAN KIMIA SEMULAJADI Amizan Othman, Hannis Fadzillah Mohsin, *Ibtisam Abdul Wahab Jabatan Farmakologi dan Kimia, Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA Selangor, Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia *Email penulis: ibtisam@puncakalam.uitm.edu.my Abstrak Perkataan “lavender” terpilih sebagai satu jenama bertujuan komersial, bagi label bakeri t empatan, pusat spa dan lokasi kunjungan pelancongan Cameron Highland. Bahan lavender luar negara juga boleh diperolehi di toko kecantikan Malaysia dan turut dijadikan produk kecantikan. Pengetahuan mengenai aspek botanikal untuk tumbuhan lavender ini (genus: Lavandula), boleh didapati melalui media massa, buku elektronik dan jurnal saintifik yang khusus. Dari kajian literatur, penggunaan tradisional lavender boleh dilihat dalam lapangan kulinari, kosmetik, agen aromaterapi, sebagai pokok hiasan taman dan juga bahan utama di dalam industri kraftangan. Di samping itu, peranan lavender di dalam bidang perubatan, turut dikaji untuk merawat penyakit emosi. Ekstrak lavender boleh membantu pesakit dengan mengurangkan tekanan, mengelakkan tangisan berpanjangan, serta membantu bayi untuk tidur. Ciri-ciri farmakologikal lavender termasuklah sebagai antibakteria, antiparasit dan antioksidan. Bunga lavender juga diselidik secara fitokimia dan didapati mengandungi pelbagai minyak pati. Komposisi wangiannya diekstrak dan dianalisa. Melalui teknologi terkini, kaedah penyulingan stim yang dipercepatkan dengan gelombang mikro telah dilaporkan sebagai satu teknik yang mesra alam, untuk menghasilkan minyak pati lavender ini. Pengekstrakan dengan bantuan ultra bunyi juga dicadangkan sebagai teknik yang mampu menawarkan amaun signifikan untuk sebatian semulajadi lavender, iaitu terpenoid. Dengan aplikasi termaju, seperti mikro pengekstrakan fasa pepejal dan pengekestrakan superkritikal cecair karbon dioksida, lebih banyak penyelidikan boleh dilakukan ke atas pokok lavender ini. Sebatian kimia seperti monoterpen ringkas (termasuklah linalil asetat, linalool, kamfor, sineol) dan juga triterpen, boleh diasingkan dari sampel lavender. Kajian lavender serta kesannya terhadap komunikasi, perhubungan dan perilaku manusia, serta kaitannya dengan kandungan aktif lavender, wajar mendapat perhatian penyelidik dewasa kini. Kata kunci: fitokimia; kesihatan; komunikasi; lavender; teknologi 1.0 PENDAHULUAN Lavender (genus Lavandula) terdiri daripada 25 - 30 spesis berbunga di dalam keluarga pokok mint, iaitu Lamiaceae (Hui et al., 2010). Ia berasal dari kawasan selatan Mediterranean sehingga tropika Afrika dan juga kebanyakan tempat di Asia. Tumbuhan ini dilaporkan berguna untuk tujuan kosmetik dan terapeutik, sejak sekian abad lamanya. Lebih dari satu dekad yang lalu, maklumat secara tidak rasmi telah disebarkan mengenai aktiviti biologikal minyak wangian dari lavender ini. Namun, tidak banyak data dapat dibuktikan melalui kajian saintifik dan klinikal (Cavanagh et al., 2002). Sehubungan itu, satu penjelasan