GEOGRAFIA Online
TM
Malaysian Journal of Society and Space 13 issue 2 (13-25)
© 2017, ISSN 2180-2491 13
Aktiviti Penyeludupan Migran dalam Kalangan Pendatang Asing
Tanpa Izin (PATI) di Malaysia
Mohd Na’eim Ajis
1
, Zawiyah Mohd Zain
1
, Mohamad Faisol Keling
2
, Ummu Atiyah Ahmad Zakuan
2
1
Pusat Pengajian Kerajaan, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia
2
Pusat Pengajian Antarabangsa, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia
Correspondence: Mohd Na’eim Ajis (email: naeim@uum.edu.my)
Abstrak
Penyeludupan migran merupakan aktiviti jenayah rentas sempadan yang dapat memberi keuntungan kepada
pihak yang menguruskannya. Golongan pendatang yang menggunakan kaedah ini dianggap sebagai Pendatang
Asing Tanpa Izin (PATI) kerana proses kemasukan mereka ini telah melanggari undang-undang di sesebuah
negara. Oleh itu, artikel ini bertujuan menjelaskan aktiviti penyeludupan migran yang berlaku di wilayah utara
Semenanjung Malaysia. Antara elemen yang dibincangkan adalah sempadan yang dilalui, pengangkutan yang
digunakan, bayaran yang dibuat kepada pihak sindiket, pihak-pihak yang memberi bantuan, negara-negara yang
dilalui dan taktik-taktik penyeludupan yang digunakan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif seperti
menjalankan temu bual, perbincangan berfokus secara berkumpulan dan pemerhatian. Sampel kajian ini adalah
55 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depoh Belantik, Sik, Kedah, golongan pelarian dan pihak
berkuasa yang mempunyai kaitan dengan jenayah penyeludupan migran seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia dan Rejimen Renjer Sempadan. Hasil kajian mendapati aktiviti
penyeludupan migran memang berlaku di wilayah utara Semenanjung Malaysia tetapi keadaannya masih
terkawal. Ia juga telah menyebabkan pihak keselamatan sentiasa mempertingkatkan kawalan dengan
melaksanakan pelbagai strategi untuk mengekang aktiviti tersebut daripada berleluasa. Kesimpulannya, pihak
sindiket memainkan peranan yang penting dalam penyeludupan migran. Mereka sentiasa menggunakan pelbagai
taktik untuk mengaburi pihak keselamatan dan tindakan mereka sering selangkah kehadapan kerana rangkaian
sindiket sukar dikesan.
Kata Kunci : ejen, jenayah rentas sempadan, Malaysia, migran, pendatang asing tanpa izin, penyeludupan
migran.
Smuggling of Migrants Activites among Illegal Migrants in Malaysia
Abstract
Migrant trafficking is a trans-border crime which yields enormous amount of profit. Migrants who enter a
country through this method are classified as illegal immigrants. Thus, security border of a country needs to be
continuously enhanced and improved to prevent the occurrence of human trafficking. Hence, this article
discusses about migrant trafficking activities in the Northern Region of Peninsular Malaysia. Issues discussed
include countries and borders that involved in the trafficking, types of transportation used, charges paid to the
syndicates, parties involved in the process and the tactics of trafficking. The data of this study are taken from
fifty five illegal immigrants who are being detained at the Depoh Tahanan Belantik, Kedah and those who
settled in several districts in the Northern part of the Peninsular Malaysia. Relevant authorities like Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Malaysia Immigration Department and Border Ranjer Regiment,
are being interviewed. Findings reveal that the activities of migrant trafficking are occurring in the Northern
Region of the Peninsular Malaysia. The authorities are continuously improvised the monitoring methods to
curtail the trafficking however, the syndicates are often ahead of the authorities and getting difficult to be traced.
Key words: agent, intra-border crime, Malaysia, migrant, illegal immigrant, smuggling of migrants.