15 Jurnal Perspektif Jil. 7 Bil. 2(15-25) ISSN 1985-496X Perilaku Membisu dalam kalangan Pekerja Malaysia di Organisasi Jerman: Satu Kajian Rintis Silence Behavior among Malaysian Employees in German Organizations: A Pilot Study Robe'ah Yusuf 1 , Ezhar Tamam 2 , Jusang Bolong 2 & Mohd Nizam Osman 2 1 Fakulti Bahasa & Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris 2 Fakulti Bahasa Moden, Universiti Putra Malaysia e-mel: robe_ah@fbk.upsi.edu.my Abstrak Kerapkali wujud kesukaran dalam penyampaian maklumat oleh pekerja tempatan khususnya dalam organisasi yang diketuai oleh bangsa asing. Di antara masalah utama yang pernah dibincangkan oleh pengkaji terdahulu ialah tindak tanduk pekerja membisu serta perilaku membisu. Artikel ini membincangkan analisis konsep pekerja membisu dan pembinaan instrumen kajian tentang kecenderungan membisu. Tumpuan kajian ini adalah untuk melihat kecenderungan membisu pekerja Malaysia yang bekerja di organisasi Jerman. Fokus kajian adalah kepada organisasi Jerman yang terletak di Kuala Lumpur dan Shah Alam yang dipilih berdasarkan mengikut taburan tumpuan organisasi Jerman yang tertinggi di Malaysia. Pra uji telah dijalankan dan kertas ini melaporkan keputusan ujian kebolehpercayaan dengan mengambil nilai alpha Cronbach melebihi 7.0 ke atas dan seterusnya dipilih untuk digunakan dalam soal selidik sebenar. Kata kunci konsep perilaku membisu, Organisasi Jerman, ujian kebolehpercayaan, soal selidik Abstract Difficulties to convey information by local employees particularly in organizations led by foreigners frequently arise. Among the problems that had been discussed by previous researchers were employee silence behaviour and silence attitude. This article discusses about the analysis of the concept of employee silence behaviour as well as developing research instruments on silence tendency. The focus of this research is to examine the silence tendency among Malaysian employees who are working in German organizations. German organizations in Kuala Lumpur and Shah Alam were selected based on the highest density distribution of German organizations in Malaysia. Pre-test had been done and this paper is to report the result of reliability test by taking Cronbach alpha value 7.0 and above and subsequently it was chosen to be used in the actual survey. Keywords concept of silence behaviour, German Organisations, reliability test, survey Pendahuluan Budaya membisu dikatakan telah menjadi amalan dalam mesyuarat pegawai kerajaan Malaysia (Utusan Malaysia, 23 Disember 2006). Beberapa pengkaji di Malaysia telah membuat kajian tentang budaya membisu dari aspek dan persepsi negara Malaysia (Juhari, 1987; Razali, 1999; Zulkefli, 2010). Menurut Rusinah (2005), perlakuan seperti membisu boleh berpunca daripada budaya pengurusan. Kenyataan ini dibuktikan pula dalam kajian tentang perilaku membisu di organisasi Angkatan Tentera Malaysia oleh Zulkefli (2010). Tumpuan kajian adalah kepada tindak tanduk menapis dan menyekat penyaluran maklumat ke atas serta budaya pengurusan organisasi (Zulkefli, 2010). Dalam konteks negara Eropah seperti Jerman, bentuk-bentuk komunikasi konteks rendah dicirikan oleh mesej verbal dan eksplisit, gaya komunikasi berterus-terang dan langsung (Hall, 1955). Mengatakan apa yang dimaksudkan (they say what they mean) dan memaksudkan apa yang mereka katakan (they mean what they say) kerana budaya Jerman mengamalkan individualistik. Keadaan