ABSTRAK Masalah pengurusan sisa pepejal yang tidak cekap merupakan
antara isu yang dihadapi oleh negara kita. Kemajuan ekonomi negara dan
peningkatan jumlah pelajar sekolah merupakan faktor utama penambahan
jumlah penghasilan sisa pepejal. Kajian tinjauan pendapat dan temu bual
ini bertujuan untuk mengenal pasti komposisi sisa pepejal, pengetahuan
alam sekitar pelajar dan amalan pengurusan sisa pepejal dengan pemilihan
responden daripada pelajar tingkatan empat secara rawak. Instrumen yang
dipakai ialah borang soal selidik yang diedarkan kepada 320 pelajar di dua
buah sekolah menengah daerah Penampang. Kajian ini mendapati bahawa
pelajar sedar dan mengetahui masalah pengurusan sisa pepejal di sekolah
tetapi amalannya masih tidak dapat dilakukan oleh semua warga sekolah.
Responden cukup mementingkan pendidikan alam sekitar di sekolah
sebagai penyelamatnya. Namum begitu, mereka tidak mempedulikan
perkara ini. Kajian juga meninjau penglibatan dan penyertaan kontraktor
sekolah dalam pengurusan sisa pepejal yang disediakan oleh Syarikat Alyssa
Enterprise Sendirian Berhad dan Majlis Daerah Penampang. Kerjasama dan
tanggungjawab daripada semua pihak adalah sangat penting untuk menjayakan
semua aktiviti pengurusan sisa pepejal di sekolah. Oleh itu, hasil dapatan
artikel ini mampu memberi pandangan luas terhadap pengetahuan pelajar
dan jumlah penjanaan komposisi sisa pepejal yang dihasilkan supaya pihak
sekolah dapat mengambil tindakan pengurusan sisa pepejal dengan lebih
berkesan dan cekap pada masa hadapan.
Kata kunci: Kategori sisa, pendidikan alam sekitar, penjanaan komposisi
sisa pepejal, penglibatan, pengurusan sisa pepejal, penyertaan.
PENGETAHUAN PELAJAR DAN AMALAN PENGURUSAN
SISA PEPEJAL DI SEKOLAH MENENGAH
DAERAH PENAMPANG, SABAH
STUDENT KNOWLEDGE AND SOLID WASTE MANAGEMENT
PRACTICES IN PENAMPANG DISTRICT SECONDARY
SCHOOL, SABAH
CHONG OI MIN
MOHAMMAD TAHIR MAPA
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Corresponding author: oimin3344@gamil.com
Tarikh dihantar:6/2/2021 / Tarikh diterima: 29/6/2021
Jurnal Kinabalu Bil. 27(1), 21-37, Jun 2021
E-ISSN 2600-867X© Chong Oi Min & Mohammad Tahir Mapa