Jurnal Melayu Vol. 23 (1) 2024 18 FAKTOR PERALIHAN BAHASA DALAM MASYARAKAT MURUT DI SABAH SAIDATUL NORNIS HJ. MAHALI saidatul@ums.edu.my ABSTRAK Bahasa Murut merupakan salah satu bahasa etnik yang dituturkan di Sabah. Penutur bahasa ini boleh ditemui di daerah Keningau, Tambunan dan Tenom, Sabah namun kajian ini difokuskan hanya di daerah Keningau sahaja. Empat buah kampung yang didominasi oleh etnik Murut, iaitu Kampung Patikang Laut, Kampung Dangulad, Kampung Tuarid Taud dan Kampung Limbawan terlibat dalam kajian ini yang bertujuan untuk meneliti faktor-faktor peralihan bahasa dalam kalangan penutur bahasa Murut. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan untuk proses pengumpulan data. Seramai 160 orang terlibat dalam kajian ini yang menggunakan kaedah persampelan rawak berstratifikasi untuk proses pemilihan responden. Sebanyak 15 item soalan telah diedar menggunakan borang soal selidik. Hasil analisis mendapati bahasa Murut sedang berada dalam fasa peralihan bahasa. Peralihan berlaku dari bahasa Murut ke bahasa dominan di sekitaran mereka, yakni bahasa sabah dan bahasa Malaysia. Hal ini berlaku disebabkan oleh penerimaan pendidikan moden, penggunaan teknologi digital dan internet, aspek sekitaran, sosialisasi, trend dan ekonomi serta nilai rasa untuk membentuk identiti sebagai orang Sabah, yang memerlukan kesemua generasi penutur menyesuaikan penggunaan bahasa mengikut konteks. Kajian ini mengesahkan bahawa bahasa Murut sedang melalui fasa keterancaman dan para penuturnya sedang berada dalam proses peralihan. Mereka masih mahu mengekalkan, mempertahankan dan melestarikan bahasa Murut sebagai penanda identiti. Kata Kunci: Bahasa Murut, etnik Murut, keterancaman bahasa, peralihan bahasa, Sabah. LANGUAGE SHIFT FACTOR IN THE MURUT COMMUNITY OF SABAH ABSTRACT The Murut language is one of the many ethnic languages in Sabah. The speakers of this language can be found in Keningau, Tambunan and Tenom districts; however, this study focused on the district of Keningau. Four villages predominantly inhabited by the Murut people - Patikang Laut, Dangulad, Tuarid Taud, and Limbawan - were selected in the research to examine the language shift factors among Murut speakers. Using a quantitative approach and survey methods, data was collected from 160 individuals through a stratified random sampling process. A total of 15-item question survey form was distributed. The analysis revealed that the Murut language is undergoing a phase of language shift, transitioning towards the dominant languages in the region, namely the Sabah language and Bahasa Malaysia. This shift is attributed to the acceptance of modern education, digital technology and the internet, environmental factors, socialization, trend and economy and the necessity to conform to a Sabahan identity, which entails speakers of all generations to adapt the use of language according to contexts. Despite this shift, there remains a desire among Murut speakers to preserve and defend their language as part of their identity. Keywords: Murut language, Murut ethnic, language endangerment, language shift, Sabah.