Jurnal Arkeologi Malaysia April 2020, Vol. 33, No.1, hlm. 27-41 ISSN 0128-0732 e-ISSN 2590-4302 Diterbitkan oleh Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia SEJARAH PERKEMBANGAN LALUAN PENARIKAN (DEVELOPMENT HISTORY OF WITHDRAWAL ROUTE) Preethevan Ramu, Zuliskandar Ramli, Shamsuddin Ahmad, Mohamad Nazim Abdul Gaman, Asrul Effendi Kamaruzzaman & Muhammad Zaki Razani Abstrak Kedudukan geografi Malaysia yang berada di garisan khatulistiwa yang menerima hujan sepanjang tahun telah membentuk beberapa sungai yang mengalir dari beberapa banjaran gunung yang ada di Malaysia. Sungai memainkan peranan penting dalam konteks sejarah di mana ia menjadi tapak hunian terawal bagi sesuatu petempatan manusia dan menjadi jalan untuk pengangkutan air yang pintas menyeberangi lautan tanpa menunggu perubahan angin monsun untuk ke destinasi. Laluan Penarikan telah digunakan oleh pedagang dari pusat kerajaan di pantai timur Sumatera dan pantai barat Semenanjung untuk ke pantai timur. Jalan ini adalah jalan alternatif kepada jalan laut iaitu melalui Temasik (Singapura) di selatan Semenanjung Tanah Melayu. Jalan ini menghubungkan dua batang sungai utama iaitu Sungai Muar dan Sungai Pahang melalui Sungai Jempol, Sungai Serting dan Sungai Bera. Laluan ini dikenali sebagai Laluan Penarikan disebabkan perbuatan “menarik” perahu sepanjang kira-kira 0.6 km. Laluan Penarikan menjadi salah satu laluan yang menjadi tumpuan kepada para pedagang sehingga seorang pengembara yang bernama Manuel Godinho De Eredia telah mencatat dan melukis laluan penarikan di dalam koleksi petanya pada tahun 1613. Kini Laluan Penarikan sukar dikesan disebabkan sungai menjadi sempit akibat penembangan pokok serta pembinaan bangunan dan jalan raya tanpa had. Di samping itu, terdapat sebuah makam yang terbiar di Laluan Penarikan yang tidak diketahui siapa pemiliknya. Ringkasnya, dengan teknologi yang dahulu tidak dapat dinafikan bahawa Laluan Penarikan telah memberi sumbangan dan peranan yang tinggi terhadap para pedagang dengan menjimatkan masa dan mengurangkan jarak perjalanan untuk ke destinasi oleh para pedagang. Kata Kunci: Jalan penarikan, Sungai, Para Pedagang Abstract Malaysia's geographical position on the equatorial line which receives rain throughout the year has formed several rivers flowing from several mountain ranges in Malaysia. The river plays an important role in the historical context of which it became the earliest residential site for a human settlement and became a way for short-haul water transport across the ocean without waiting for a monsoon wind to move to the destination. The withdrawal route was used by traders from the royal center on the east coast of Sumatra and the west coast of the peninsula to the east coast. This road is an alternative route to the sea route through Temasik (Singapore) in the south of the Malay Peninsula. This road connects two major river trunks, namely Sungai Muar and Sungai Pahang through Sungai Jempol, Sungai Serting and Sungai Bera. This route is known as the Redemption Path due to the "pull" of the boat along about 0.6 km. The Drawing Route was one of the main routes for traders until a traveler named Manuel Godinho De Eredia had drawn and painted the retreating route in his collection of maps in 1613. Now the Route Tracking is difficult to detect as the rivers become narrower due to the development of trees as well as unlimited building and road construction. In short, with the undoubtedly technology brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UKM Journal Article Repository