12 | Page Journal of Holistic Student Development Vol. 2, No. 1 (2015) PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KE ARAH MELAHIRKAN MODAL INSAN KELAS PERTAMA Marhaiza Ibrahim, 1 Ahmad Zubir Ibrahim, 2 Selamah Maamor 3 & Aznita Samsi 4 Abstrak Pendidikan merupakan nadi kepada pertumbuhan dan pembangunan sesebuah negara. Proses pendidikan bukan sekadar menyampaikan disiplin pengajaran dan pembelajaran (P&P) semata-mata malah merentasi ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi. Proses P&P dilihat sebagai satu indikator yang utama bagi membentuk para pelajar mempertingkatkan kualiti kehidupan sekaligus melahirkan pelajar minda kelas pertama. Kaedah perlaksanaan P&P yang sentiasa mengalami evolusi perlu diberi perhatian bagi memastikan daya saing pelajar seiring dengan falsafah pendidikan negara. Artikel ini bertujuan untuk mengenengahkan kaedah P&P yang berkesan untuk dilaksanakan bagi melahirkan para pelajar yang berwibawa. Artikel ini juga turut memberi cadangan berkaitan tindakan yang boleh diberi pertimbangan bagi mengukuh dan meningkatkan keberkesanan P&P. Kata Kunci: Pengajaran dan Pembelajaran, Modal Insan, Pendidikan Pengajian Tinggi, Minda Kelas Pertama Pengenalan Transformasi dalam sistem pendidikan bukannya satu perkara baru. Sejak pelaksanaan Dasar pendidikan Negara berasaskan Penyata Razak yang menghasilkan Education Ordinance (1956), Penyata Rahman Talib dalam Education Act (1961), Laporan Kabinet (1979) dan Education Act (1996) banyak perubahan telah diperkenalkan antaranya ialah pelaksanaan kurikulum yang sama di semua sekolah, penerimaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah sekolah, kenaikan kelas secara automatik, penyediaan soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) oleh Lembaga Peperiksaan, perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Perubahan-perubahan ini bertujuan bagi mengatasi pelbagai masalah pada peringkat makro dan mikro (Abu Bakar, 2013). Di peringkat makro, pendidikan diharap dapat membawa kepada pengintegrasian penduduk pelbagai keturunan dan agama, mengurangkan jurang ekonomi, dan membantu dalam membawa ekuiti bagi penduduk dari pelbagai keturunan dan agama. Manakala di peringkat mikro, pelajar diharap akan dapat menyaingi pencapaian dalam semua bidang pelajaran di pentas antarabangsa, pembelajaran lebih menekankan penggunaan kaedah dan teknologi pengajaran yang terkini, guru-guru dan kakitangan sekolah mempunyai kemampuan, keyakinan dan 1 Marhaiza Ibrahim, School of Accounting, Universiti Utara Malaysia. marhaiza@uum.edu.my 2 Ahmad Zubir Ibrahim, Pusat Pengajian Kerajaan, Universiti Utara Malaysia. 3 Selamah Maamor, Pusat Pengajian Peniagaan Islam, Universiti Utara Malaysia. 4 Aznita Samsi, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan,Universiti Utara Malaysia.