Pengurusan Masa Di Kalangan Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar(PKPGB) Ambilan 1, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Abdul Rahim Bin Hamdan & Rafie Bin Md Dali Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pengurusan masa bagi pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Ambilan 1, dari aspek menguruskan masa untuk pelajaran, mengurus masa untuk mengurus sekolah dan mengurus masa untuk bersama keluarga. Seramai 56 orang pelajar PKPGB Ambilan 1, namun responden yang dilibatkan hanya 50 orang sahaja. Satu set soal selidik yang mengandungi 45 soalan digunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk kajian. Data maklumat yang diperolehi telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For The Social Science versi 12.0 dan penghuraian berdasarkan kepada frekuensi, peratus dan min. Nilai kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik kajian ialah alpha = 0.83 . Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikin aspek pengurusan masa untuk pelajaran, pengurusan masa untuk mengurus sekolah dan pengurusan masa untuk mengurus keluarga dengan perbezaan jantina. Semua pelajar PKPGB Ambilan 1 telah dapat menggunakan dan menguruskan masa mereka dengan baik dan cemerlang untuk belajar, mengurus dan mentadbir sekolah dan bersama-sama keluarga. Hasil kajian mendapati bahawa pengurusan masa pelajar PKPGB Ambilan 1, adalah di tahap tinggi. Katakunci : pengurursan masa, program khas pensiswazahan guru besar (PKPGB) Pendahuluan Masa itu Emas. Emas sesuatu yang paling berharga. Menggambarkan betapa berharga dan bernilainya masa. Mengejar masa, bererti kita sudah ketinggalan. Justeru itu masa sangat berharga dalam kehidupan harian kita. Sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran, kita mestilah bijak menguruskan masa secara lebih berkualiti dan berkesan, iaitu dengan menyusun atur aktiviti mengikut konsep Utama Yang Utama. Melakukan sesuatu aktiviti yang memberi impak yang cemerlang kepada diri sendiri, keluarga, kerjaya kehidupan dan sebagainya. Ini memerlukan kemahiran tinggi dalam pengurusan masa untuk lebih berkualiti. Masa sangat pantas peredarannya dan tidak akan kembali semula. Masa sangat berharga dan tidak boleh dimiliki oleh manusia. Sesungguhnya masa adalah asset penting untuk setiap usaha yang dibuat. Tanpa pengurusan masa yang cekap, sesuatu pekerjaan itu tidak akan berjaya, sama ada pekerjaan itu dilakukan secara individu mahupun secara kumpulan. Oleh itu sesiapa yang tidak tahu menghargai masa ketika hidup di dunia, akan menyesal di akhirat setelah mengetahui tingginya nilai masa. Kemahiran mengurus masa membolehkan kita selesa untuk belajar, bergaul dengan sahabat handai dan rakan taulan, bersama keluarga, isteri dan anak-anak serta saudara mara, dan sebagai seorang guru besar mengurus masa perlu disesuaikan dengan aktiviti rakan sejawat, tugas dan tanggungjawab, berbincang dengan staf dan kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak masa membersihkan roh dan jasad dengan beribadat kepada Allah. Minat dan keperluan seseorang kepada kepelbagaian aktiviti dan kegiatan, kadang kala menyebabkan seseorang itu menghadapi kecelaruan masa dan waktu. Pengurusan masa yang brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository