https://doi.org/10.17576/apjitm-2013-0202-01 1 http://www.ftsm.ukm.my/apjitm Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia Asia-Pasifik Vol. 2 No. 2, December 2013 : 1 - 12 e-ISSN: 2289-2192 REKA BENTUK ANTARA MUKA HIPERMEDIA ADAPTIF PERPUSTAKAAN DIGITAL KANAK-KANAK NURUL NADIA AB RAHAMAN TENGKU SITI MERIAM TENGKU WOOK NORAIDAH SAHARI ASHAARI ABSTRAK Reka bentuk antara muka yang baik menggalak tahap interaksi tinggi antara kanak-kanak dan perpustakaan digital kerana reka bentuk memenuhi keperluan sebenar. Kajian ini menfokus reka bentuk antara muka perpustakaan digital khusus untuk kanak-kanak di Malaysia berdasarkan prinsip reka bentuk web dan elemen adaptif. Kaedah reka bentuk ialah reka bentuk partisipatori yang melibatkan kanak-kanak secara aktif untuk mencungkil keperluan sebenar sebagai rakan reka bentuk. Hasil reka bentuk ialah prototaip antara muka bercirikan adaptif hipermedia dan diuji terhadap 10 orang kanak-kanak. Analisis pengujian mendapati fitur fungsi dan reka letak yang adaptif perlu ditambah baik mengikut konteks pengunaan kanak-kanak di Malaysia. Reka bentuk semula dijalankan secara iteratif dan pengujian dijalankan bersama 20 orang responden bagi mengesah elemen adaptif yang diperkemas mengikut keperluan sebenar. Analisis akhir membukti kecenderungan dan minat kanak-kanak adalah bercirikan adaptif, dengan itu tahap interaksi dalam kalangan kanak-kanak tinggi bagi penggunaan perpustakaan digital. Kata kunci: Reka bentuk partisipatori, antara muka hipermedia adaptif, reka bentuk antara muka pengguna, reka bentuk antara muka kanak-kanak. ABSTRACT There is a real requirement for greater interaction between children and the digital library which could be fulfilled by a good user interface. This study focuses upon web design principles and implements adaptive elements in the interface of the children’s digital library. The design method used is participatory, i.e. children are actively involved as design partners. This design process yields a prototype interface version with hypermedia adaptive features and was tested with 10 children. Analysis from the testing finds that features of the functions and interface layout need to be improved based on Malaysian children’s utilization context. A redesigned interface was conducted iteratively by testing 20 respondents to verify refined adaptive elements. The final analysis proves that children’s tendency and interest are increased through adaptive features resulting in higher digital library utilization. Keywords: Participatory design, adaptive hypermedia interface, user interface design, children’s interface design PENGENALAN Reka bentuk kebolehgunaan antara muka perpustakaan digital bagi kanak-kanak di Malaysia merupakan objektif utama kajian ini. Menurut kajian Tengku Siti Meriam dan Siti Salwah (2011), perkembangan penyelidikan reka bentuk antara muka sistem dan aplikasi capaian maklumat termasuk perpustakaan digital khusus untuk kanak-kanak masih belum dijalankan secara giat dan meluas. Sementara itu, Deo (2004) menjelaskan reka bentuk antara muka kanak- kanak perlu pendekatan yang berbeza dengan reka bentuk antara muka untuk orang dewasa kerana tahap kognitif, fisiologi dan persepsi yang berbeza. Antara muka pengguna yang mempunyai kebolehgunaan tinggi adalah penting dalam proses pencarian maklumat, terutamanya untuk kanak-kanak (Hutchinson, 2003). Antara muka tersebut disifat sebagai telus kerana kanak-kanak mendapat manfaat terbaik apabila boleh berinteraksi dengan fungsian pada